May 19, 2010

bintang jatuh-3

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance


setelah meminta bantuan dari kupu-kupu dan helang untuk menjejaki Puteri Bongsu,sememangnya Putera Katak hampir sahaja putus asa.namun,tetap dikuatkan tekad dengan meminta pertolongan dari angin.angin telah mengajarnya untuk mengelilingi bumi.lebih tinggi dari gunung-ganang dan awan gemawan.

namun Puteri Bongsu dari wilayah pari-pari masih begitu tinggi tidak tercapainya di langit biru.tiada angin yang mampu menembusi langit biru dalam sejarah alam! Putera Katak berasa sangat rawan dan teramat berputus harapan untuk menjejaki Puteri Bongsu lagi sehinggalah pada satu malam yang sunyi dan sepi, ada sebutir bintang jatuh dari dada langit.

bintang tersebut menawarkan diri kepada Putera Katak untuk terbang menembusi langit tinggi selincah kilat.malah lebih pantas dari kilat dan setinggi sejuta langit yang bakal dijelajahi.namun bintang jatuh meletakkan syarat kepada Putera Katak.seandainya Putera Katak tidak mampu mendarat tepat di hadapan Puteri Bongsu dan tersasar jauh dari wilayah pari-pari,maka kematian yang akan menanti Putera Katak.

hancur lebur seperti tepung membuat cekodok!serpihan tepung dari tubuh Putera Katak akan bertabur berselerak di dada langit dan menjadi tangisan awan yang bakal mencemari bumi.namun Putera Katak tetap bersetuju dan rela menerima segala risiko dan bahaya yang sedang menunggu.

kepada bintang jatuh dia serahkan nyawa demi cintanya yang membara terhadap Puteri Bongsu.sekaligus dia membiarkan nyawa yang satu itu bakal lebur di kaki langit jika kegagalan yang akan ditemuinya nanti.malam kian pekat.air matanya menitis di dasar hearty yang paling dalam .ketika bintang jatuh menggenggam erat tangannya,Putera Katak pasrah!



wallahua'lam.




kalaulah cintakan Dia sebegini~~~

No comments: