November 20, 2010

Pelakon

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance



Semalam baru berlangsung acara Shout Award. Disiarkan secara rasmi dan langsung di TV8. Kategori-kategori anugerah yang diperuntukkan lebih kurang sama sahaja macam anugerah Berita Harian dan apa-apa anugerah lagi lah yang ada di Malaysia ni.

Ya mereka rangkul banyak anugerah. Piala-piala itu bukti mutu persembahan mereka baik dan diterima sehinggakan diberi pengiktirafan sebegitu rupa.

Pelakon lelaki terbaik, Pelakon harapan terbaik, Pelakon komedi terbaik, Pelakon drama TV terbaik, macam-macam lagi yang terbaik.

Saya harap sangat mereka tak lupa yang mereka juga secara tidak langsung adalah pelakon semulajadi yang sudah Allah tetapkan jalan cerita dan skripnya. Bukan mereka sahaja, kita juga.

Kalau kita dapat melakonkan watak yang diberi dengan sebaik mungkin seperti mana yang dikehendaki Tuan Pengarah, ikut skrip betul-betul dari Al-Quran dan Hadith, insyaAllah anugerah yang bakal dinobatkan lebih gempak dari sebuah piala yang statusnya letak dalam almari buat hiasan.

Mudah-mudahan.InsyaAllah~~

Jadi pelakon semula jadi tak perlu bermain dengan perasaan dan menjadi orang lain. Cuma perlu tambahkan sedikit rasa jujur, ikhlas, simpati, sayang, berperikaemanusiaan dan sedikit lapang dada. Disebabkan warna watak yang pelbagai di atas pentas dunia, sempit dada akan buat manusia berantakan. Tak hentak kepala sendiri, hentak kepala orang lain.









Wallahua'lam.


November 14, 2010

bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance



Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murkaNya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redhaNya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasihNya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
NikmatNya
SyurgaNya
CintaNya


atas nama cinta : UNIC

******************************************************

pesanan buat diri, yang tak terpesan-pesan

juga tak makan saman

Allahuakbar ~






wallahua'lam

November 10, 2010

ilmu : bukan benda senang

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance



I do not accept the distinction of 'ulumuddin, 'ulumuddunya. This is really a dangerous concept. We do for Fardfhula'in wa Fardhulkifaayah. The both is i'baadah. To learn how to build the bridge to facilitate the movement of muslims to across the river is i'baadah. To learn how heal the body of human being, Bani Adam in every living, is i'baadah.

-shaykh Hamza Yusuf


Dulu, macam ni jugalah cara saya berfikir. Kita mesti mendukung kedua-dua ilmu dunya dan akhirat. Walhal dalam Islam itu sudah jelas ada Fardhula'ain dan Fardhulkifaayah. Apa ya punca rata-rata ramai dari kalangan kita mindanya ter'set' begini? Dibesarkan oleh sistem pendidikan yang sekular mungkin? Kurang pasti pula saya.

Pernah juga saya terfikir, kalau tidak sebab ingin megalirkan air ke setiap rumah untuk toharoh diri, mengalirkan air ke setiap masjid untuk jemaah berwudhu', mana mungkin kincir air dan sistem pengairan tercipta. Kalau bukan sebab nak tahu bila masuk waktu solat, mungkin juga kita tahu apa itu jam yang penciptaan awalnya dari matahari.

Perjalanan ilmu yang kita tatap di buku-buku pelajaran hari ini, sangat berliku dan jauh sekali untuk ia sampai menjadi butir-butir huruf di atas setiap muka surat.

Asy-syaheed Sayyid Quthb mati di dalam penjara bersama kitab-kitab karangannya. Imam Abu Haneefah juga mati di penjara besi kerana menolak jawatan qadi yang ditawarkan Khalifah Abu Ja'far al-Mansoor. Imam Ahmad dipenjara dan dibelasah teruk selama 2 tahun atas arahan Khalifah al-Ma'moon kerana ketegasan beliau menolak konsep yang dicanang Mu'tazilah mengatakan Al-Quran itu adalah makhluk.

Kerana ingin pertahankan kesucian ilmu, itu yang mereka dapat sebagai habuan. Ok lah tu. Daripada tak dapat apa-apa. Bonus pahit untuk mereka di sisi dunya. Manisnya di syurga nanti.

Tapi tak mengapa mereka mati, apatah lagi mati dengan mulia. Sebab Rasulullah pernah berkata dalam sebuah hadis baginda, 'apabila ada seorang a'lim yang mati, akan muncul suatu pembukaan intelek yang mana tidak lah ia dilindungi( diisi) melainkan oleh seorang a'lim yang lain'.

Berbaris lagi ulama' yang muncul dicelah-celah perjuangan muslim membangun institusi kegemilangan ilmu.
Kegemilangan ilmu di zaman para taabi'oon lahir bersama kerendahan hati dan diri ummat ketika itu. Baik betul hati mereka apabila tidak segan silu malah bongkak tak tentu pasal dengan mengajar orang-orang Kristian di Andalusia. Mereka memberi izin kepada kafir-kafir itu untuk duduk bersama sertai mereka dalam halaqah perbincangan ilmu, walaupun ada suara-suara cendiakawan muslim ketika itu yang mengkritik, "sepatutnya kita tak benarkan orang-orang Kristian Eropah itu datang dan duduk bersama-sama kita, kerana kelak mereka akan mencedok ilmu kita dan membawanya kepada manusia-manusia tanpa memberi tahu dari mana datangnya ilmu itu"

Perampok profesional!!

Eropah mungkin lupa atau buat-buat lupa dengan sejarahnya yang berwajah huduh itu. Daripada generasi Rasulullah dan sahabat menggoncang kegelapan Rom, sehinggalah hari ini.

Ilmu itu telah dibayar harganya dengan keringat dan darah ulama' terdahulu. Kini giliran kita melakukan yang sama walaupun tanpa darah, rampas kembali mutiara milik kita.

Oh ya, jihad mengejar ilmu memang bukan benda senang tapi saya masih sedang cuba meneladani semangat orang dulu-dulu.










wallahua'lam.

November 1, 2010

suka benda wangi

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance


Di pasaran sekarang banyak betul orang berniaga minyak wangi.
Diilhamkan dari berbagai-bagai elemen alam, mana-mana personaliti, dan macam-macam lagi.
Yang paling murah dah tentu lah minyak atar.
Harga standard, rm5 sebotol.

Oleh sebab banyak sangat orang nak jual minyak wangi,
teknologinya sudah jadi hampir sama.
Contoh, bau minyak wangi keluaran Gastby versi Spark lebih kurang sama sahaja baunya dengan Silky Girl for Men versi Fantasia.
Sama juga dengan wangian Henode versi Sweet Love, harumnya hampir sama sangat dengan wangian Enchanteur versi Romantik. Haruman Paradise pun mengambil inspirasi dari Calvin Klein.
Banyak lagi yang lain.

Isi padu juga banyak yang sama. 100ml ke 200ml.
Tapi harga bukan main. Ada yang hampir mencecah rm30.
Bayar lebih pada bentuk bekas kaca yang eksklusif.

Teringat pada sebuah kisah yang pernah Ust.Hasrizal rakamkan dalam buku 'Rindu Bau Pohon Tin'nya.
Seorang ustaz menghalau 2 orang pelajar perempuan yang hadir lewat ke kelas dengan haruman yang menusuk ke tulang.
" Pergi balik mandi wajib. Kalau tak mahu busuk, jaga kebersihan!"
Saya sangat terkesima+tersentak waktu membaca di bahagian ini.
Rasulullah S.A.W pernah berkata bahawa mana-mana wanita yang memakai haruman untuk dihidu harumannya itu kepada orang lain, samalah dia dengan penzina,
Nau'zubillah.

Kalau lah kata-kata ini tak diucapkan Baginda, nescayalah saya dah pakai berbotol-botol minyak wangi setiap hari.





wallahua'lam









p/s : mana ada isipadu sebotol minyak wangi macam tu..minyak bijan ade le