May 29, 2010

bintang jatuh-4


Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance




"inilah perjalanan sebuah Cinta Sejati". Bintang jatuh berbisik di teliga Putera Katak.
"pejamkan matamu wahai sang Putera,jika takdir itu benar-benar wujud,ia tak akan membiarkan mu mati begitu sahaja.jika kamu merasakan perjalanan ini perlu dihentikan,jeritlah dengan sekuat heartymu perkataan 'berhenti'.

sepantas kilat Putera Katak dibawa membelah kepekatan langit malam.tiada perasaan takut atau sangsi.apa yang ada hanya perasaan cinta yang mengalir di segenap pembuluh darah dan nadinya, mengembang dalam diri lalu mencipta satu kekuatan terluar biasa.apabila tiba di satu lintasan langit tengah, Putera Katak bagai merasakan sesuatu yang menarik heartynya untuk menjerit. 'Berhenti !!'. Bintang jatuh terpinga -pinga dan menoleh ke bawah, lalu tersenyum.

kelibat seorang puteri yang sedang duduk di birai bulan menarik perhatiannya.takala Puteri itu mendongak, bintang jatuh terpaku, lantas timbul satu perasaan jahat di benaknya.

genggaman tangan Putera Katak dilepaskan tanpa belas.maka, hancur leburlah jasad Putera Katak di dada langit.satu nyawa dan satu cinta yang pernah diserahkan kepadanya dimatikan tanpa ehsan.

sementara tanpa rasa bersalah dan berdosa,bintang jatuh menghampiri Puteri di birai bulan tadi.

"wahai sang Puteri yang cantik rupawan,siapakah gerangan yang tuan Puteri sedang tunggu?"

tiada senyuman di bibir indah Puteri itu.hanya segaris duka.

di dada langit,ruh Putera Katak disambut oleh malaikat cinta.sebuah cinta sejati yang tiada penghujungnya. hanya janji malaikat cinta untuk menyatukan Putera Katak dengan Puteri Bongsu di sorga kelak yang kekal di atas pusara Putera Katak, menjadi batu nisan yang saban waktu kian meninggi. membelah tujuh langit menjadi tangga para putera dan teruna menjejaki puteri impian mereka di langit atas.





wallahua'lam.



saja suka2 je cerita ni :)

May 27, 2010

untuk du'aat

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance




"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin. Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"

(al-Banna)


bila terbaca bait ini,tiba-tiba rasa nak termenung.
apa yang diungkapkan teramatlah benar belaka.

jangan disangka dengan hadir usrah setiap minggu,
menerima ayat demi ayat,
berprogram ke utara selatan,
berkongsi ayat demi ayat,
berhabis masa dan tenaga,
sudah menjamin tempat di sorga.

mendabik dada "akulah pejuang sejati".


semoga yang terdetik hearty begitu bukanlah kita,
apa lagi mereka.
minta di jauhkan.nauzubillah.



wallahua'lam.

May 26, 2010

cuba tukar mood

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance



perasan atau tidak banyak drama dan telemovie Melayu terhasil akhir-akhir ini?
rata-rata berlegar tentang kasih teruna dan dara.
kadang-kadang terfikir,
cerita-cerita ini tidak lain di hujungnya nanti pasti mereka bersatu kononnya tanda bahagia.
macam cerita hindustan tu~~~


daripada melayan perasaan,
apa kata kita asah minda pula,
bawa cerita-cerita pahlawan terulung era Rasoolullah ke dalam rumah,
bukan lagi sindelela apalagi repunzel.

apa kata cuba yang ini


tak pun,mahu yang santai tetapi penuh pengisian,
boleh cuba yang ini.

tak mahu juga yang ini,
banyak lagi yang lain.
kadang rasa terhibur juga.

cubalah :)




wallahua'lam

May 25, 2010

jangan biar hearty gersang

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance



kita dikurniakan Iman dan Islam,
buat hidup tenang dan mulia sepanjang hayat,
itu tanda Dia kasih.

di alam ini ada flora dan fauna,
indah hijau dan cicip tiong mengusir gundah di hearty,
itu tanda Dia kasih.

seorang wanita ditalak tiga,kematian anak serentak bapa,
hikmah hidup jadikan dia tegar dan tak gentar masa hadapan,
itu tanda Dia kasih.

seorang lelaki tergolek jatuh dari motorsikal pulang dari kerja,
membanting tulang untuk pastikan anak isteri terisi perut,
itu tanda ada kasih.

Senah tolong Temah kemas meja kemas bilik kemas rumah,
mahu tolong kurangkan kerja Temah sahabatnya sejak kecil,
itu tanda ada kasih.

Seman baling mangkuk pecah berderai atas lantai,
tidak puas hearty isterinya masak kari cair,
masih ada kasih?

si Mata Sepet jejak Tanah Melayu buat macam tanah sendiri,
bila tuan tanah mahu bela diri dia pula melenting konon sakit hearty,
masih ada kasih?

Karim pulang ke rumah kemudian keluar semula menghempas pintu,
berhasil rebahkan ibunya selepas amuk minta wang tidak diberi,
masih ada kasih?

Tanah Tinggi Kalimanjaro dulu hijau sekarang merah+coklat,
habis ditarah lanun curi pasir dan balak haram,
masih ada kasih?

yang tua itu tidak ambil pusing hal ehwal yang muda,
"eleh,apa klas weh geng dengan budak bawah",
masih ada kasih?



tidak tahu mengapa elemen kasih sayang jadi yang terpenting dalam hidup aku.rasa tak?
hidup tidak berkasih sayang sakit tahu?!
sepertimana hubungan kita dengan Sang Khaliq,timbang-timbanglah hubungan dengan makhluqNya.

kasih sama ibu,ayah,suami,isteri,anak-anak,sahabat,tumbuhan yang hidup depan rumah kamu,ikan laga aku,kucing kesayangan kamu,beruang di kutub utara,pengguin di kutub selatan,anak-anak yatim,tukang kebun sekolah,mak cik tukang cuci,mujahidoon di tanah Gaza...semua.semua..

rasa tak?



wallahua'lam.

May 22, 2010

anak bapak

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance


ini cerita seorang budak gemuk.lebih gemuk dari aku:)
dulu dia kecil saja.lagi kecil dari aku.
sekarang dia sudah besar,lagi besar dari aku :)

waktu kecil dulu,aku dengan dia macam belangkas.berkepit 24jam.
dia nak makan,aku suapkan.dia nak air,aku bancuhkan.
dia nak main,aku temankan.dia nak gaduh,aku dibelasahnya.

sekarang,jarang-jarang kami berjumpa.tiada lagi belangkas yang dulu-dulu.
sekarang,jarang-jarang kami berjumpa.dah tak main kejar-kejar macam dulu.

kau untung.tiap pagi bangun tidur bilik kau dah kelihatan hensem sebab aku menyelinap masuk dan kemaskan waktu malam.
kau untung.dalam ramai-ramai anak ayah kau,kau yang paling genius.
kau untung.dalam ramai-ramai anak ayah kau,kau yang paling diasuh dengan fokus.
kau untung.sebab kau hero kami.
kalau abang ada lagi sekarang,mestilah dia lagi hensem dari kau dan diiktiraf jadi hero kami.

dan hari ini,hari istimewa dalam hidup kau.jadi aku masak spesial untuk kau tahu?!
tapi bukan lauk feveret kau la.lauk feveret aku ;p

apa pun yang jadi selepas ini,rantaian doa aku tak akan putus untuk kau.
bukan untuk kau seorang.untuk semua juga.
hidup dengan baik okeng...




Muhammad Zaidulkhair b Mohamad Suandi yang gemuk lagi hensem
born in Malaysia-23 Mei 1996
Selamat Hari Lahir :)







wallahua'lam.

di sebalik tabir

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance


kalau di hadapan kita terhidang sepinggan nasi berlauk ayam masak merah+salad hijau,
fikirkan tangan-tangan di sebalik itu.
susah payah memasak,pedih mata cincang bawang.
walau makan nasi berkerak,pasti diam bila kenyang,
sekurang-kurangnya berterima kasih dalam hearty,
doakan mereka sentiasa dirahmati.

kalau di hadapan kita terlihat wajah pantulan cermin,
fikirkan jasa-jasa di sebalik itu,
yang menyayangi dibelai-belai,
yang membenci tidak pula ditikam bunuh disalai,
sekurang-kurangnya menghargai di sudut hearty,
doakan mereka sentiasa dirahmati.

kalau di hadapan kita tergolek macam-macam rezeki turun dari langit,
fikirkan hikmah-hikmah di sebalik itu,
andai Dia Merahmati atas amal soleh dikurniaNya bermacam nikmat,
andai kita Dimurkai atas kekhilafan dikurniaNya keampunan,
sekurang-kurangnya rasa syukur dalam hearty,
doakan alam sejagat pun sentiasa dirahmati.

kalau di hadapan kita terlaksananya tugas polis,guru,bomba,operator,kastam,tentera juga yang sewaktu dengannya,
fikirkan usaha-usaha di sebalik itu,
larian pecut 300 kilometer sejam polis main kejar-kejar sama perampok,
debu kapur menyelinap masuk ke lubang hidung guru yang menulis mendidik anak bangsa,
sekurang-kurangnya rasa bertuah ada insan juang seperti mereka di lubuk hearty,
doakan mereka sentiasa dirahmati.

pasti dunia aman kalau begini.kan?


wallahua'lam.