Showing posts with label seruan. Show all posts
Showing posts with label seruan. Show all posts

October 10, 2010

cinta Malaysia

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance



Bila Allah ciptakan manusia, ia disertakan dengan pelbagai fitrah. Cinta sudah pasti salah satu daripadanya.

Cinta tu panjang benar usianya. Lahirnya sahaja mendahului insan. Cinta Khaliq kepada makhluq, tadaaaa..alam ini terbentuk. Belum pun sempat kita minta udara, air, bulan, bintang, matahari, sudah pun Dia beri. Pakej.

Jadi, cinta pada tanah air beserta keharmoniannya pun fitrah manusia juga. Dianjurkan oleh Islam lagi.
Kerana Allah, ada insan yang berjiwa patriotik.

Antara definisi ringkas patriotisme, rasa berkewajipan untuk bekerja membanting tulang dengan penuh semangat membebaskan negara dari tangan-tangan serakah penjajah, dan mengisi kemerdekaan dengan menanamkan harga diri dalam jiwa bangsanya.

Tapi ada satu spesis bangsa yang menganggap patriotisme itu adalah memecah-belahkan manusia menjadi beberapa kelompok yang saling berbunuhan, beraci-maki tak cukup sebakul, saling berdusta untuk menyebarkan pemikiran dan cita-cita yang didorong hawa nafsu semata. Dan semua itu hanya untuk kepentingan golongan tertentu.

Macam Perjanjian Pangkor 1874 dulu-dulu, itu lah titik mulanya Inggeris campur tangan dalam urusan Perak.

Beza pembatasan nilai patriotisme antara kita dan mereka juga dah pasti jauh berbeza. Kita berpatriotik atas batas akidah. Mereka pula membataskan dengan tanah dan geografi. Jadi, di mana tempat ada orang melafazkan Laa Ilaaha IllaLlaah Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah, harus ada rasa prihatin dan sepenanggungan bersama. Setiap muslim mesti bersama-sama untuk kebaikan seluruh muslim di tanah itu.

Tapi 'untuk kebaikan seluruh muslim' tu bukan kerja mudah boleh digerakkan berseorangan. Mesti digerakkan oleh banyak orang tapi bukan orang yang berkerumun tak teratur.

Dari segi tujuan pula, para pemimpin sekular itu hanya bertujuan untuk selamatkan negara mereka. Kalaupun mereka berkorban harta dan jiwa, itu hanya lah tertumpu kepada material sahaja. Habis khazanah kekayaan bumi jajahannya dikaut.Tambahan lagi, nak memperkuatkan diri atas bangsa lain. Yang terdasyat, macam pembunuhan berjemaah yang dianjurkan oleh Hitler atas nama pembersihan etniknya.

Muslim pula dibebani amanah untuk mengorbankan harta dan jiwa keseluruhannya untuk menunjukkan manusia dengan sinar Islam dan menyebarkan ilmu Islam ke seluruh dunia dengan tak mengharap apa-apa balasan. Apatah lagi memperbudakkan mana-mana bangsa.

Faktor inilah yang menggelombangkan semangat para salafi dulu-dulu untuk melakukan perintisan dengan membuka wilayah-wilayah baru serata dunia. Segempar Uthman ibn Affan. Tak segan silu mengejutkan dunia. Dibekukan pula dalam sejarah.

Di atas tanah yang kita pijak hasil perahan sebaldi peluh Tok Janggut, Mat Kilau dan sahabat-sahabat seangkatannya ini, saya rasa risau melihat kepadatan pusat serenti, kemampatan penjara besi, kesesakan sarang maksiat, dan segala macam yang seangkatan dengannya. Di saat manusia memecut pantas tamadun bangsa, 'tamadun dalaman' manusia kelihatan semakin jatuh tersungkur pula.

Paling kesal, melihat gelagat pertikaman lidah bertubi-tubi sebahagian ahli dewan parlimen semasa perbahasan sedang berjalan. Tak ubah macam anak kecil diusik kawan. "Bagi tau mak kite. Wuuuu~~~".

Bimbang kesusutan jati diri yang semakin membusuk tu akan sekali lagi buat Malaysia tercinta ini tersungkur lagi ke tangan mereka. Nau'zubillah ~~







wallahua'lam







May 27, 2010

untuk du'aat

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance




"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin. Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"

(al-Banna)


bila terbaca bait ini,tiba-tiba rasa nak termenung.
apa yang diungkapkan teramatlah benar belaka.

jangan disangka dengan hadir usrah setiap minggu,
menerima ayat demi ayat,
berprogram ke utara selatan,
berkongsi ayat demi ayat,
berhabis masa dan tenaga,
sudah menjamin tempat di sorga.

mendabik dada "akulah pejuang sejati".


semoga yang terdetik hearty begitu bukanlah kita,
apa lagi mereka.
minta di jauhkan.nauzubillah.



wallahua'lam.

April 15, 2010

tak mahu terus

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance


kelmarin,semasa menyelak-nyelak fail timbalan amir bagi mencari tajuk untuk dijadikan pengisian usrah malam semalam,terjumpa satu risalah tarbiyah yang diedarkan khas sempena Perkhemahan Generasi Muda Merdeka (GEMA'07).aku baca....

MENGUPAS JIWA RABBANI

jalan dakwah adalah jalan sunnah.sejauh mana kita yang menggelarkan diri kita ini ummat nabi Muhammad S.A.W benar-benar mahu mengikut jejak langkah baginda Rasul S.A.W.sejauh mana cinta kita pada Nabi Muhammad S.A.W tetapi kita tidak pula cinta dan mahu mengikut jalan-jalan yang pernah dilalui baginda.itulah jalan dakwah.jalan yang menuntut kita seribi satu pengorbanan.pengorbanan yang bukan untuk kita,tetapi untuk manfaat manusia sejagat.

cinta pada kekasih...sudah tentu cinta pada jalan-jalannya.sejauh mana bukti cinta pada Rasul ialah dengan kita sanggup terjun dan bersama-sama dalam kancah dakwah ini.jalan yang suci dan mulia.namun penuh ranjau dan rintangan.oleh yang demikian,para pendakwah perlu benar-benar memahami dan menjiwai satu bekal yang amat perlu di sepanjang jalan dakwah.

bekal itu letaknya di jiwa,dari jiwa akan terpancarlah kejernihan gerak geri aktivis dakwah.itulah yang dinamakan JIWA RABBANI.

Apakah maknanya JIWA RABBANI?

Prof.Dr Sidek Baba banyak menyentuh tentang ertinya JIWA RABBANI.menurut beliau dalam bukunya Pendidikan Rabbani: Mengenal Allah Melalui Ilmu Dunia.

konsep Rabbani mempunyai makna yang sangat luas dan sangat dalam pengertiannya.perkataan-perkataan Rabbana,Rabbuna,Rububiyyah yang berasal daripada kata akar Rabb semuanya merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa.Allah lah puncak sesuatu.Dia lah yang mentadbir dan menguasai sesuatu.

ertinya di sini,bekal para aktivis dakwah perlu sarat dengan keyakinan yang utuh tentang adanya Allah SWT , Tuhan Yang Maha Agung.segala sesuatu itu datangnya dari Allah.segala perbuatan kita adalah kerana Allah SWT. JIWA RABBANI itu adalah jiwa yang total keyakinan dan keimanannya kepada Allah.jiwa ini adalah jiwa yang terpasak kukuh ketauhidannya pada Tuhan.tiada sekutu dan tiada duanya.

daripada kefahaman JIWA RABBANI inilah,para aktivis dakwah akan kuat jiwanya.kuat dengan ertinya aktiivis dai'e tahu bahawa kerjanya kerana Tuhan.bukan kerana manusia.

daripada memahami JIWA RABBANI,para aktivis akan sedar tentang sifat kehambaannya.daripada kehambaan inilah insan akan mengenali sifat fitrahnya.

menurut Dr. Sidek Baba lagi,atas faktor Rabbani inilah yang memberikan landasan aqidah yang kukuh antara Pencipta dan makhluk.apabila pertimbangan ini kukuh dan teguh,apa sahaja pertimbangan manusia sama ada niat,perbuatan dan tingkah laku sentiasa mengambil kira pertimbangan Rabb sebagai faktor utama.tidak ada satu pun yang terlepas daripada pertimbangan Rabb.makhluk akan mengakui akan keagungan da kekuasaan Tuhan yang menciptakan.

betapa pentingnya JIWA RABBANI pada jiwa setiap aktivis dakwah.dalam jiwanya sentiasa ada Tuhan.apa sahaja bicaranya adalah bicara yang mengambil kira kiraan Tuhan.dengan JIWA RABBANI lah para aktivis dakwah akan menyedari betapa perlunya dia pada Tuhan.betapa lemahnya dia di pangkuan Gerbang Tuhan.dengan sifat JIWA RABBANI ini aktivis akan memancarkan qudwah,qudwah terbaiknya pada pada sasaran dakwah.para aktivis dakwah akan insaf dan sedar,tak cukup sekiranya hanya dai'e yang menjadi baik dan terlindung daripada kejahatan.para aktivis dakwah akan berasa betapa bertanggungjawabnya dia untuk mengajak lebih ramai orang lagi jauh daripada pintu neraka.dengan sifat baik dan hikmah inilah para sasaran dakwah akan timbul rasa percaya dan mengubah peribadinya.para aktivis dakwah akan berusaha dengan tingkah laku yang terbaik,percakapan yang terbaik,dan jiwa yang baik.sehingga peringkat komunikasinya adalah nasihat buat manusia.katanya dan tuturnya adalah mutiara yang tidak sia-sia.

para aktivis dakwah akan sentiasa sujud hatinya pada Allah SWT .jiwanya sentiasa rukuk dan tunduk patuh pada Tuhannya.para aktivis akan segar kefahamannya tentang hubung kait horizontal dan vertikal.iaitu konsep asas tarbiyah kita iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.

oleh: Mohd Firdaus b Mohamed Khairi-Mantan Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

hingga bait ini,aku berhenti.lantaran melihat dan mengecam diri yang jauh bejuta batu dibanding dengan apa yang dicanang kan pada artikel tadi.rasa terhina sungguh.macam kain buruk!!tak sanggup mahu terus baca.(T_______T)perlu islah diri dulu..

wallahua'lam.

::bila nak sambung baca??nantilah....