December 30, 2010

kampung halaman


Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance









ini kawasan Rawat & Rehat saya.
sekarang saya masih lagi dalam perjalanan untuk sampai ke kampung halaman,
belum terfikir lagi untuk berhenti singgah di Rawat & Rehat ni.
tapi, fikir ke tak fikir, segala hasil tuaian kita di kebun Cinta ini jugalah yang akan diusung ke Syurga akhirat nanti.

kalau dirujuk pada Ummul-Kitab,
jalan yang disediakan hanya ada dua.
jalan orang yang diberi petunjuk,
jalan orang yang sesat.

hidup memang seperti pusingan roda lagaknya.
di atas atau di bawah bukan itu masalahnya.
tapi di jalan mana yang kita berputar dan bergolek.



wallahua'lam



December 17, 2010

sanah helwah

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah

Salam to all those who seek His guidance




16 Disember 1999
teruja betul saya pergi hospital nak tengok adik baru
bila jauuh begini,
rasa lama betul tak jumpa dia.

dulu,
makan dia saya suapkan,
sisa-sisa buangan dia saya cucikan,
langkah-langkah pertama dia saya tatihkan,
busuk bacin dia saya mandikan.

biasalah tu kan.

sekarang,
kalau tak kacau dia satu hari bukan saya lah tu.
pantang nampak dia hidup senang lenang, saya tak puas hati. Paling kurang mesti nak dia menjerit walau tak menangis. Akibatnya, saya perlu tabah ditendang dia tiap malam. Bangun pagi celik mata lalu nampak kaki dia dulu, itu biasa.

Dan disebabkan mak ayah dia suka manjakan dia terlebih-lebih sangat, kami 4 beradik yang lain kerap juga lancarkan boikot kepada budak gedik seorang ni. Kunci dia di luar bilik seorang diri, tak mahu bercakap dengan dia seharian, arahkan dia main jauh-jauh dan jangan ganggu kami, itu semua sudah jadi biasa.

Tapi apa pun jadi, dia tetap baik hati dengan saya. Nak manja-manja dengan saya, peluk sesuka hati dia dari pelbagai sudut. Dan sampai sekarang saya kurang faham kenapa dia turut basahkan pipi kalau saya kehujanan tak berhenti.


Sebenarnya saya rasa berbakul-bakul syukur sebab tidak dibesarkan sebatang kara di rumah anak-anak yatim. Walaupun sahabat-sahabat sekeliling kiranya sudah semacam adik-beradik, lain rasanya dengan yang sedarah.


Alhamdulillah











wallahua'lam

December 15, 2010

Januari & Muharam


Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance




Buanglah masa dengan berfikir, hanya dengan berfikir manusia itu dekat dengan Allah. Selamat datang Muharram, selamat datang Januari. Saya bakal memasuki alam 20-an. Hmm...

PROAKTIF
saya sudah letakkan sebagai nilai teratas yang perlu dicapai dalam senarai pembaharuan.
Kalau tak, sampai bila-bila pun target untuk jadi calon isteri Sultan Al-Fateh tak tercapai.
ceh~






wallahua'lam

December 10, 2010

pemimpin belonan


Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance



di sebuah rumah,
seorang ayah menasehati anaknya,
"Anakku, kamu di sekolah belajarnya biar tekun. Nanti bisa jadi orang besar. Jadi orang besar itu besar habuannya nak. Jadi orang kecil, habuannya pasti kecil".

ibu menyambung,
"Iya, benar itu nak. Kalau kamu jadi orang besar, benar atau tidak benar pasti dibenarkan. Kalau kamu jadi orang kecil, salah atau tidak salah, habis kamu disalahkan".

sahut ayah lagi,
"Kalau kau jadi orang besar nak, kau bisa bicara seenaknya. Tapi jika kau jadi orang kecil, paling-paling kau yang akan dibicarakan".

si anak hampir pening,
belum puas, lagi ayah berpesan,
"Lagi nak, jika kau jadi orang besar bercakap tolol itu tidak mengapa. Karena orang besar bercakap tolol itu dibilang jujur. Malah jika kau jadi orang kecil, bercakap jujur nanti dibilang tolol".

si anak jadi ngantuk. 'Lalu aku ini sekarang kecil nanti jadi besar bukan?'
ah,ngantuk!
si anak hanya berlalu ke kamar meninggalkan kesintingan ibu bapanya.


Orang kita masih belum bijak menilai siapa yang besar, siapa yang kecil.
Yang besar itu pemimpin belonan. Berposah-posah dItiup pengikutnya. Nanti pengikutnya semua penat, habis kempis!.



wallahua'lam.



December 5, 2010

pilih kaunter

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance




" aduh ya Allah,, kenapa kau tak kejut aku, kan dah pesan semalam suruh kejut awal. Habis la tunang aku tunggu ni !!"
tepuk dahi
"eh, kau ada suruh ke? haha, sori la. Tak ingat pulak aku"
tayang kilauan gigi

"Allahuakbar! apa nak jadi dengan budak-budak ni, kalau mati angkat pedang kan elok. Ini dia mati merempit".
geleng kepala
" ok la tu. untung tau budak-budak tu mati di sirotol mustaqeem, kita pun belum tentu lagi"
lagak muka selamba

"Allahuakbar kabira walhamdulillahi katheera !!"
"Eh, kenapa dengan kau ni bukan main berjela lagi mengucap?"
sua kad jemputan ke majlis walimatul urus
"Hmm, siapa ni? Kekasih gelap kau ke?"
"Nenek aku la! Aduh kenapa la orang tua miang keladi ni jugak yang dia nak. Aku dah masak sangat dengan perangai dia. Arrggh!!"
"oh, yeke?"

"Ya Allah, ana sudah berusaha sehabis daya yang ana mampu Ya Allah. Seandainya dosa-dosa ana yang mencacatkan keputusan peperiksaan ini, ana mohon ampun Ya Allah"
tangan menadah hujanan air mata

Entah siapa lagi yang merintih waktu ini.

Saat-saat genting biasanya membuatkan kita menyerahkan segala kudrat kepada Allah secara automatik.
Saat bersenang-senang dan gelak ketawa, penyerahan secara total ini mungkin jarang terjadi.
Jadi terbukti, kita tiada kaunter lain lagi yang hendak dirujuk. Di situlah kita meluah segala kebuntuan. Tapi tetap juga masih ada yang merengek bahu manusia. Tak salah begitu, tapi biarlah bahu manusia itu menjadi rujukan yang kedua selepas selepas kita rujuk kepada Allah yang lebih berkuasa menjadikan hati kita cool 24 jam.

selepas manusia-manusia di atas berkerut muka meremuk hati, saya pun tak mahu ketinggalan.

Mohon supaya dua kerat tangan dan kaki diberi kekuatan untuk mentadbir diri.
Terlalu banyak perkara yang sudah siap di'packing' terlonggok di atas bahu kita untuk dikerjakan dengan bekalan masa yang hanya sebekas.



wallahua'lam