Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

July 15, 2011

kata orang, keluarga itu tempat yang aman untuk berkongsi rasa


Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance









Hari itu, kami solat tanpa iringan ayah. Warga rewang yang lain sibuk merewang untuk majlis walimah sepupu saya. Dan macam biasa, ayah akan dating sama Zaid(adik) di masjid. Kata orang, ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibu bapanya kelak di akhirat. Risau. Ibadah umi menggunung sekalipun, mampukah saya?.

Andai kami solat diimami ayah, ada satu bait doa yang selalu mencucuk kelenjar air mata saya. Tak kira berapa kali ia diulang bacakan.
"Ya Allah, temukanlah kami sekeluarga di syurga"
Walaupun menangis perkara yang tak cool, tapi andai ia keluar dari mulut ayah atau umi, saya tak pandai simpan titisan itu.

Dan setelah banyak perkara terjadi, saya belajar, bukan semua orang punyai takdir yang baik.





wallahua'lam






alahai keluarga..

January 29, 2011

apa guna ada mata



Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance


tahu bagaimana melihat alam dengan mata hati?
itu yang Islam ajarkan
Muhammad ibn Abdullah pula mengajar kita,
lihat dunia dengan kaca mata dakwah.
jadi,
status sosial manusia bukan seperti tikus dan kucing,
berseluar jeans duduknya dikelompok sana,
berkopiah suci beruzlah disini.

kalau tak tahu juga,
boleh lah cari pengimbas nanti,
buat jelas pandangan,
apa yang ada di balik rambut karat mereka, jeans koyak mereka, jilbab labuh mereka, kebaya sinting mereka.

lahir kita jauh sekali untuk mengadili,
apatah lagi menjatuhi hukuman,
tapi untuk bersama memahami,
apatah lagi mendekati.






wallahua'lam.

December 15, 2010

Januari & Muharam


Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance




Buanglah masa dengan berfikir, hanya dengan berfikir manusia itu dekat dengan Allah. Selamat datang Muharram, selamat datang Januari. Saya bakal memasuki alam 20-an. Hmm...

PROAKTIF
saya sudah letakkan sebagai nilai teratas yang perlu dicapai dalam senarai pembaharuan.
Kalau tak, sampai bila-bila pun target untuk jadi calon isteri Sultan Al-Fateh tak tercapai.
ceh~






wallahua'lam

December 5, 2010

pilih kaunter

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance




" aduh ya Allah,, kenapa kau tak kejut aku, kan dah pesan semalam suruh kejut awal. Habis la tunang aku tunggu ni !!"
tepuk dahi
"eh, kau ada suruh ke? haha, sori la. Tak ingat pulak aku"
tayang kilauan gigi

"Allahuakbar! apa nak jadi dengan budak-budak ni, kalau mati angkat pedang kan elok. Ini dia mati merempit".
geleng kepala
" ok la tu. untung tau budak-budak tu mati di sirotol mustaqeem, kita pun belum tentu lagi"
lagak muka selamba

"Allahuakbar kabira walhamdulillahi katheera !!"
"Eh, kenapa dengan kau ni bukan main berjela lagi mengucap?"
sua kad jemputan ke majlis walimatul urus
"Hmm, siapa ni? Kekasih gelap kau ke?"
"Nenek aku la! Aduh kenapa la orang tua miang keladi ni jugak yang dia nak. Aku dah masak sangat dengan perangai dia. Arrggh!!"
"oh, yeke?"

"Ya Allah, ana sudah berusaha sehabis daya yang ana mampu Ya Allah. Seandainya dosa-dosa ana yang mencacatkan keputusan peperiksaan ini, ana mohon ampun Ya Allah"
tangan menadah hujanan air mata

Entah siapa lagi yang merintih waktu ini.

Saat-saat genting biasanya membuatkan kita menyerahkan segala kudrat kepada Allah secara automatik.
Saat bersenang-senang dan gelak ketawa, penyerahan secara total ini mungkin jarang terjadi.
Jadi terbukti, kita tiada kaunter lain lagi yang hendak dirujuk. Di situlah kita meluah segala kebuntuan. Tapi tetap juga masih ada yang merengek bahu manusia. Tak salah begitu, tapi biarlah bahu manusia itu menjadi rujukan yang kedua selepas selepas kita rujuk kepada Allah yang lebih berkuasa menjadikan hati kita cool 24 jam.

selepas manusia-manusia di atas berkerut muka meremuk hati, saya pun tak mahu ketinggalan.

Mohon supaya dua kerat tangan dan kaki diberi kekuatan untuk mentadbir diri.
Terlalu banyak perkara yang sudah siap di'packing' terlonggok di atas bahu kita untuk dikerjakan dengan bekalan masa yang hanya sebekas.



wallahua'lam












November 20, 2010

Pelakon

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance



Semalam baru berlangsung acara Shout Award. Disiarkan secara rasmi dan langsung di TV8. Kategori-kategori anugerah yang diperuntukkan lebih kurang sama sahaja macam anugerah Berita Harian dan apa-apa anugerah lagi lah yang ada di Malaysia ni.

Ya mereka rangkul banyak anugerah. Piala-piala itu bukti mutu persembahan mereka baik dan diterima sehinggakan diberi pengiktirafan sebegitu rupa.

Pelakon lelaki terbaik, Pelakon harapan terbaik, Pelakon komedi terbaik, Pelakon drama TV terbaik, macam-macam lagi yang terbaik.

Saya harap sangat mereka tak lupa yang mereka juga secara tidak langsung adalah pelakon semulajadi yang sudah Allah tetapkan jalan cerita dan skripnya. Bukan mereka sahaja, kita juga.

Kalau kita dapat melakonkan watak yang diberi dengan sebaik mungkin seperti mana yang dikehendaki Tuan Pengarah, ikut skrip betul-betul dari Al-Quran dan Hadith, insyaAllah anugerah yang bakal dinobatkan lebih gempak dari sebuah piala yang statusnya letak dalam almari buat hiasan.

Mudah-mudahan.InsyaAllah~~

Jadi pelakon semula jadi tak perlu bermain dengan perasaan dan menjadi orang lain. Cuma perlu tambahkan sedikit rasa jujur, ikhlas, simpati, sayang, berperikaemanusiaan dan sedikit lapang dada. Disebabkan warna watak yang pelbagai di atas pentas dunia, sempit dada akan buat manusia berantakan. Tak hentak kepala sendiri, hentak kepala orang lain.









Wallahua'lam.


October 24, 2010

toleh belakang, toleh depan

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance



Suka jenguk-jenguk masa lalu ?.
Kalau hendak dilihat masa-masa lalu saya, sebahagiannya adalah hitam pekat lekat. Rupanya pula seakan-akan angker. Jadi, tertoleh-toleh banyak sangat ke belakang bukanlah hobi saya. Apatah lagi meratapi

Tapi saya tak lupa, masa lalu sebenarnya guru tak rasmi saya. Lalu, tak wajar mereka dilupakan serta-merta.

Melangkah ke UIAM, saya terasa macam terkena sumpahan black magic Barbie. Yang hitam-hitam dulu tiba-tiba jadi warna-warni. Walaupun dah tak main polis entri, pondok-pondok, masak-masak, nenek-nenek, batu seremban, dengan kawan-kawan macam kecik-kecik dulu, kawan-kawan yang Allah kirimkan di sekeliling saya ni macam diberi kuasa penceria tiap seorang.

Hidup berkeluarga pun baik-baik sahaja. Kami 5 beradik hidup senang bawah naungan harta kekayaan ayah dan umi. Dato' dan Datin ni memang membukit harta. Tak habis makan 18 keturunan. Saya tak keluar satu sen pun untuk beras, bawang dan belachan di rumah. Hidup menumpang kaya orang tua.

Saya mula belajar nikmati hidup.

Maniskan segalanya. Pesan ustaz di sekolah, "mukmin itu punyai hidup yang manis. Yang pahit pun mesti dimaniskan". Macam mana tu ustaz. Payah!!
"Kalau semua perkara dalam hidup dibuat dengan sukarelanya Lillahita'ala, semua yang pahit insyaAllah bertukar manis".

Nikmatilah hidup kalian dengan berita-berita gembira dari langit. Allah janjikan yang manis lebih banyak dari yang pahit.

Mungkin saya bias sebab saya hidup di Malaysia. Bukan di Palestin, Karachi, Bangladesh.
Tapi dengan dua kaki dan tangan, juga sekeping hearty,kita tak termampu nak tangani semua perkara. Hitam kah, cokelat kah, telan sahaja. Memori-memori itu nanti boleh dibuat teman masa boring-boring.







wallahua'lam

August 29, 2010

langit itu naungi semuanya

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance

saya masih ingat 7 tahun lepas sedang saya bertinggung konon-konon sibuk mahu tolong sama ayah bercucuk tanam, beliau tiba-tiba bersuara, "Lepas ni dah nak belajar jauh. Jaga diri elok-elok. Korang tu perempuan. Laki sekarang bukan boleh percaya sangat. Esok nanti kalau korang semua mati pun belum tentu ayah dapat pergi tengok. Ayat-ayat pelindung yang ayah dah ajar tu jangan tinggal. Kat sekolah cikgu-cikgu tak ajar benda tu.".........

Waktu itu saya sudah mahu berangkat ke Johor untuk sambung pengajian ke sekolah menengah. Saya yang minta ayah hantarkan jauh dari rumah. Walhal sekolah rendah dan menengah terpacak betul-betul di hadapan rumah saya. Gatal nak pergi jauh-jauh~~.

Sebenarnya dari dulu sampai sekarang saya rasa tersangat amatlah bersyukur. Baru tersedar saya ada dan dapat terlalu banyak benda. Tapi pelik, kenapa tak pernah berhenti meminta-minta.

Saya minta ayah carikan sekolah menengah agama, alhamdulillah dapat. Sengaja,bimbang diri tak jadi manusia kalau sambung belajar di sekolah menengah biasa. Tak percaya pada diri. Bersyukur Allah tetapkan hearty saya begitu.

Masuk sahaja tingkatan 1, saya dah pun tetapkan target dan hala tuju belajar. "Habis sekolah ni mesti masuk UIAM."
Tekad. Tak mahu universiti lain. Kadang saya terfikir-fikir juga, "orang macam aku ni layak la sangat dapat UIA"
Almaklum, tahap kecekapan dan kelincahan IQ tidaklah segempak mana untuk ditempatkan di UIA yang saya tafsirkan ketika itu hanyalah untuk pelajar yang tersimpan batu geliga di dalam kepalanya.

Masuk tingkatan 3, saya sudah pun diberi kepercayaan untuk menduduki takhta Penolong Ketua Asrama yang saya kira sepatutnya diberikan kepada senior dan kebiasaannya memang senior yang bertanggungjawab. Saya tekad dan cuba fikirkan bersama kakak-kakak apa cara untuk buat semua warga aspuri rasa seronok tinggal di asrama. Sebab pada pemerhatan saya ramai rakan-rakan yang rasa bagai tahanan dan diprogramkan seharian. Bersyukur Allah tetapkan hearty saya begitu.

Masuk tingkatan 5, saya cuba untuk tetap bertahan untuk tidak meluka parah kan lagi luka-luka di hearty ustaz ustazah yang tak senang duduk dengan karenah rakan-rakan yang mula tunjuk belang di sekolah. Mula tinggi suara pada ustaz-uztaz, mula balik ke kampung dengan pasangan laknat masing-masing, mula pecahkan mentol-mentol lampu tanda protes pada pihak sekolah dan macam-macam lagi perangai yang saya kira teramatlah jelik untuk dilakukan oleh seorang pelajar senior sekolah agama. Saya cuba berdiri gagah saat yang lain rebah. Walhal kalau diikutkan hearty ada juga jenayah yang nak saya buat.Tapi mengenangkan air mata ustazah..aduh~~..Bersyukur lagi Allah tetapkan hearty begitu.

Masuk tingkatan 6, siapa sangka budak IQ rendah macam saya mampu langkah kaki ke pintu UIAM yang dulunya jadi mimipi saya. Habis sesak nafas kawan saya kena peluk gara-gara teruja terlebih. Waktu itu saya masih di sekolah, berkira-kira untuk teruskan pengajian dengan STAM. Sempat raih johan untuk pasukan bola tampar peringkat negeri. Juga sumpah seranah berbakul-bakul oleh adik-adik yang berapi berasap bila saya dilantik warden untuk naik takhta penolong ketua asrama. Masakan tidak, baru 3 bulan menapak di sekolah baru sudah tempah kerusi dalam kabinet. Sudah la ahli parlimen yang lama dipecat semuanya. Saya tinggalkan sekolah dengan hearty yang tersangatlah riang tak terucap. Terasa seperti keluar neraka masuk pula ke syurga. Syukur hajat terpendam Allah izinkan jadi.

Lagi,ada banyak lagi kisah yang membuktikan Allah beri saya macam-macam. Yang saya tak pernah minta, banyak. Yang dipinta selalu pun tak kurang banyak juga yang tertunai.

Sampai ke hari ini, selain keluarga yang saya mula terasa manisnya, rakan-rakan adalah antara aset terpenting dalam hidup saya. Bersyukur Allah beri ini.

Saya pernah murung melampau dulu. Andai ada antara kalian yang disekeliling saya hilang, saya kurang pasti bagaimana rupa saya nanti.

Untuk hari ini, mohon maaf andai ada yang terlebih, terkurang, terkasar, terusik, termakan, terminum, termenyampah, maaf untuk semuanya.

Kalian tak pernah tahu di mana duduk kalian dalam hearty saya. Tapi pasti, ADA
Terima Kasih :)



Wallahua'lam

August 21, 2010

50 kehadapan 50 kebelakang

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance


ting!!
"dik, kenapa bagi? Dia tak cacat pun dik"
"err,eheh,emmm,aah ye kak. Emmm, tak apalah. Hari ini rezeki dia kot"

bulan baik hari baik ni,
elok lah kita baikkan hearty,
walau hearty nan sekeping itu tidaklah sebaik mana pun asalnya.

Hari-hari sepanjang Ramadhan mengajar kita,
mengukur kemampuan kita.

Hari-hari terakhir Ramadhan menilai kita,
sejauh mana keberkesanan tarbiyah Ramadhan kepada hearty kita.


kalau sebelum Ramadhan datang bertandang,
malah selepas Ramadhan berangkat ke kampung,
kita masih kita yang dahulu,
hearty tidak mampu dididik,
akal tidak mampu dilentur,
lidah tidak mampu dikawal,
pandangan tidak mampu ditepok merendah,
??????????????????????????????????????????


wallahua'lam






July 31, 2010

emo

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance



ombak lautan berombak
mengapa mengubah pasir di pantai
bayu bertiup lah bayu
mengapa menjadi ributan badai

begitu kita merancangkan
beum pasti hadirnya kebahagiaan
fahamlah apa itu takdir
akan berseri hidup yang ditadbir

hidup menggadai harta
agar diri berharga
janganlah kau salah mengerti
kelak kau menggadai diri

mencari penghormatan
janganlah sampai terkorban
yang mulia pasti kita hormatkan
yang rendah jangan dihinakan

tenang di air yang tenang
janganlah disangka boleh direnang
kail panjanglah sejengkal
janganlah lautan hendak diduga

itulah pesan orang lama
menjadi bekal pada yang berusaha
ingatlah pepatah ini
menjadi panduan hidup berbudi



senandung hidup berbudi-Ramli Sarip&Jay Jay

***********************************************************************

perkara kurang tepat yang kita-kita selalu fikir

kalau berusaha,dapat
kalau tidak,pulang dengan tangan kosong
walhal, belum tentu juga.

anggap semua perkara adalah ketentuan Allah dan berserah semata.
memang,tetapi kita masih punya ikhtiar untuk merubah ketentuan.

yang lebih tepat untuk kita-kita fikir

buat apa sahaja perkara,
andai ada manfaat dan andai Allah izin,
pasti tidak sia-sia.

bukan macam orang putih berjiwa hitam
fikirnya semua perkara dalam tangan

cipta robot ala-ala manusia yang punya perasaan
dabik dada fikir dia mampu buat segala hatta mencipta manusia,
klon dalam botol makmal pun jadi.
walhal dengan izin Allah juga

cipta teori tenaga yang terang-terang jadi teras buku sains kita di sekolah dulu,
konon sifat tenaga tidak bisa termusnah,
walhal bukan dia tak tahu wujud Yaumul Akhir

GILA
akidah senget

************************************************************************************

'mencari penghormatan janganlah sampai terkorban'

ada seorang jelitawan
dia memilih untuk memuja daripada dipuja

memuja Yang Memberi Jelita kepadanya
meninggalkan puja-puja karat manusia untknya

alhamdulillah

hari ini
yang beratur berduyun-duyun mahu tayang muka depan lensa kamera
apa cerita?





wallahua'lam.