September 30, 2010

imtihan : antara dunia & akhirat

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance



Alhamdulillah selesai peperiksaan akhir semester pertama. 5 subjek yang perlu ditangani tidaklah seberat mana sebenarnya kalau sepenuh keringat dikerah. persoalan mahu atau tidak sahaja yang perlu dijawab. Alhamdulillah juga banyak soalan yang saya dapat jawab dengan tenang dan yakin. betul belum tentu.

bila saya buat kira-kira semula, ada lebih kurang 15-20 fakta kes yang perlu dihadam. 10 bab pengkomputeran perlu diteliti. 7 bab sejarah permulaan mazhab dan beberapa lagi kemahiran membebel di atas kertas jawapan yang lain perlu dikuasai.

tak perlu terkejut. tak perlu risau. mana-mana manusia bergelar 'pelajar formal' kan memang itu fitrahnya. Dan proses mengulang kaji tidaklah sesukar mana. Syukur Allah kirim manusia-manusia di kiri kanan untuk belajar berjama'ah. lagi berkat gitu.

Atas saranan seorang sahabat, sepanjang memuntahkan jawapan ke atas kertas saya tak berhenti fikir, "berapa banyak sangatlah soalan yang aku jawab dengan betul dan jayanya tadi".

kitab memang dah habis kunyah hadam. tapi sejauh mana yang dikata kan 'ilmu' itu benar-benar terlekat di dada dan saya aplikasi kan atas setiap soalan, wallahua'lam.

peperiksaan akhir berbeza feelingnya dengan peperiksaan setengah tahun. Apatah lagi untuk killer subject. Saya terasa semacam dunia ni dah kiamat semasa keluar dewan. Sedar ada yang bulat-bulat saya jawab salah dengan bangganya. Umi seorang guru. Jadi saya faham betul perasaan guru-guru bila jawapan yang ditanda hancur terbarai. "soalan senang macam ni pun tak dapat jawab. penat cikgu ajar", disertakan sekali riak wajah yang hampa.

Pasrah betul ni. Sungguh!

Cakap pasal kiamat, hidup macam sebuah persediaan untuk hari peperiksaan juga. biasanya orang yang set setiap muka surat dalam kepala serta aplikasinya sekali, mesti peperiksaan bukan lah satu masalah besar baginya. masakan tidak. segala senapang gajah dan bom tangan sudah disiapkannya. persediaan yang cukup rapi.

tapi hidup, berilah berjuta ratus tahun pun saya tak kira ada manusia yang rela mati yakin dengan bekalan untuk peperiksaan akhiratnya. itu sayalah. kalau ada yang sudah bersedia, memang saya tabik spring.

risau takut-takut gagal bila terima keputusan nanti pun, satu perkara yang memomokkan saya. nau'zubillah. Walau apapun keputusan yang saya dapat nanti, itu rezeki namanya.
memang, saya tak mahu jadi orang yang menjadikan dunia sebagai sasaran. tapi peperiksaan dunia penting juga untuk kesinambungan akhirat. Sebagai alat.Tambahan pula dunia Islam hari ini memerlukan somebody untuk kembali mengukir nama di mata dunia.

tapi saya sedar. Saya bukanlah siapa-siapa untuk Islam yang kita cintai ini. Islam tidak selemah mana untuk bangkit. kalau saya mati sekali pun, Allah akan lahirkan berjuta lagi pejuang untuk agamaNya.

dan selepas tamat peperiksaan akhir semalam, kesimpulan yang saya suka selepas main-main termenung sana sini,
kejayaan bukan untuk dibanggai tetapi untuk diinsafi akan tanggung jawab yang menanti. Harus jaga-jaga, kejayaan boleh menipu, iaitu adalah apabila diri MERASA PUAS. Kejayaan duniawi bukan ukuran redha Allah dan berkat hidup kita kerana kita masih di dalam waktu ujian. Belum diketahui keputusan sebenarnya, kepuasan hakiki hanyalah apabila kematian kita dalam husnul khatimah dan barzakh menjadi sebahagian dari taman syurga.

berjaya ujian bangga.
gagal ujian sabar.

dunia memang penting. Akhirat apatah lagi.




wallahua'lam.


September 17, 2010

mini library selamanya ku cintai

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance



Biasanya orang kemas rumah sebelum pagi raya. tapi rumah yang saya cintai tu, hanya sempat dikemas setelah 5 hari pagi raya berlalu. apa boleh buat, sebelum raya lagi kami dah terbang balik kampung. jadi, cuma dapat kemas sedikit yang tak berapa nak banyak.

Dan semalam, memandangkan semua warga isi rumah rela untuk menyumbangkan keringat bagi merealisasikan visi ' rumahku syurgaku' , kami besengkang mata mengemas rumah yang dah tidak serupa macam rumah tu.

kebiasaannya memang setiap kali raya memang susun atur perabot akan berpindah randah, kalau saya tak silap. rasa puas hearty sangat bila dapat tolong sempurnakan kerja sama-sama dengan umi. macam tahun-tahun yang sudah, saya tak berkesempatan nak balik rumah pun. al maklum orang merantau.

saya suka sangat rumah yang baru hiasannya ni. tapi sudut yang paling saya excited sekali hasil daripada home make over kaki dan tangan kami,..jeng jeng jeng ~~








idea asal, mestilah saya :)
dan semua orang ikut sahaja. walhal sekeping buku milik saya pun tak ada kat celah mana-mana. semua majoriti milik ayah dan sebahagian milik umi. tingginya lebih kurang tak lebih 9/8 kaki.

saya menyesal sebenarnya, kebelakangan ini saya banyak sangat membeli buku. walhal buku yang saya beli tu terang-terang dah ada tersusun kat rak buku ni. dari kecil sampailah ke besar bukannya reti nak baca. pandang pun tak nak. sekarang bila dah kempunan buku baru nak sibuk-sibuk. cakap je saya nak buku apa, kemungkinan untuk buku yang diidamkan tersebut ada sangat tinggi.

ini baru sikit, kat rumah atas ada lagi satu rak. saya tak terbayang berapa banyak uang ayah habis untuk buku-buku ni.

dan buku-buku yang saya anggap teramat sangat mulia ni, bukannya hanya untuk ditayang ala-ala muzium.walaupun manusia-manusia di dalam rumah ni buat macam tak pandang saja pada kubu buku esklusif ni, kalau ada binatang apatah lagi, saya tetap akan baca dan jaga kebajikan mereka. lebih dari pustakawan sekolah.

kalau ayah tak wariskan harta kekayaan beliau sekalipun saya tak kisah. Rela asal semua buku jatuh ke tangan saya.

bangsa membaca bangsa berjaya.







wallahua'lam



p/s : umi dah janji nak beli tangga untuk capai buku teratas :)




September 10, 2010

cuti sebelum imtihan, imtihan sebelum cuti

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance


ibrah dan i'tibar dari peperangan khandak,
berusaha bersungguh-sungguh,
matlamat jihad yang jelas,
bertaqwa kepada Allah.

Natijahnya,
lihat saja bagaimana Allah sertakan bala tentera ghaib berjuang bersama para sahabat.

Yang saya selalu pesan pada diri,
Allah itu maha Adil dan Saksama,
mana mungkin ketupat bisa tersumbat ke dalam perut tanpa ada yang menyumbatnya?

Mana mungkin segenggam ijazah jadi milik saya,
kalau saya suka main goyang-goyang kaki.

Sunnatullah biasanya hadir bersama,
Sepasang.

Ketangkasan minda bukan milik saya,
saya cuma ada harapan,
setinggi gunung Kalimanjaro,
saya cuma ada kudrat,
seteguh paya bakau.


wallahua'lam

September 9, 2010

berkat bahasa Al-Quran

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance


5 tahun bersekolah di sekolah yang berpesekitaran bahasa arab, yang mana para pelajar diwajibkan mengambil sekurang-kurangnya 20 subjek,10 subjek akademik dan lebih kurang 12subjek arab, sedikit sebanyak membuatkan saya agak terbiasa dengan sebahagian frasa-frasa dan perkataan bahasa arab.

tapi saya mengaku, 5 tahun itu tidaklah memberi impak yang segah mana.Sebab sampai ke hari ini pun saya masih belum mampu menulis dan bertutur dengan baik.

Pernah dulu ayah suakan kepada saya sebuah kitab bahasa arab tak berbaris. Saya baca dengan confidentnya tanpa menunjukkan sikit pun rasa menggelabah.Walhal dah takut kalau tersangkut mana-mana. Habis semua baris dan tatabahasa haru biru. At last, beliau suruh berhenti dan kata "emm,bagus". Fuh, kalau lah dia tahu betapa rosaknya bahasa itu dah saya kerjakan.

Senang cerita, beliau memang suka testing-testing anak-anaknya. Tak kira masa,tempat dan topik apa. Kuiz mengejut. So,tu yang kena sentiasa get ready.

Ramadhan lalu memberi peluang kepada saya untuk tunaikan solat tarawih penuh tanpa alasan nak cabut macam yang budak-budak lelaki suka buat di sekolah dulu.

Dan perkara yang terbest bagi saya, majoriti imam yang saya solat bersama semuanya pakat baca surah panjang-panjang.1 muka setengah mungkin. Itu memberi peluang untuk saya lebih tenang untuk solat tanpa perlu jadi ayam mematuk-matuk. Sungguh saya terasa sentuhan ayat-ayatyang dibaca kerana faham makananya. Memang tak semua tapi yang sedikit itu sangat terkesan. Rasa Allah itu hampir sangat.

Ada juga sesetengah ayat yang saya rasa seperti sedang mendengar story telling. Kisah-kisah berkisar kehidupan nabi Yusuf,nabi Adam yang kita dengar dari banyak versi, saya rasakan ini yang paling ori.

Teringat pesan As-Syaheed Imam Hasan Al-Banna, pelajarilah bahasa arab fushah kerana itu adalah syia'r Islam. Ustaz selalu tekankan ini.Alhamdulillah. Tak sia-sia belajar bahasa para Anbiya'






wallahua'lam.

September 3, 2010

shift your music

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance

percaya atau tidak,
sebagaimana makanan yang kita makan seharian memberi kesan kepada tubuh badan,
baik lahiriah mahupun zahiriah,
begitu juga dengan apa yang kita dengar seharian.
memang kita ada favouritism masing-masing,
dengarlah apa jua muzik yang anda suka.
tapikan,
ada satu alunan muzik terhebat yang semua orang pun akan akui kehebatannya.

boleh pilih mana yang berkenan
selamat mendengar