Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance
Alhamdulillah selesai peperiksaan akhir semester pertama. 5 subjek yang perlu ditangani tidaklah seberat mana sebenarnya kalau sepenuh keringat dikerah. persoalan mahu atau tidak sahaja yang perlu dijawab. Alhamdulillah juga banyak soalan yang saya dapat jawab dengan tenang dan yakin. betul belum tentu.
bila saya buat kira-kira semula, ada lebih kurang 15-20 fakta kes yang perlu dihadam. 10 bab pengkomputeran perlu diteliti. 7 bab sejarah permulaan mazhab dan beberapa lagi kemahiran membebel di atas kertas jawapan yang lain perlu dikuasai.
tak perlu terkejut. tak perlu risau. mana-mana manusia bergelar 'pelajar formal' kan memang itu fitrahnya. Dan proses mengulang kaji tidaklah sesukar mana. Syukur Allah kirim manusia-manusia di kiri kanan untuk belajar berjama'ah. lagi berkat gitu.
Atas saranan seorang sahabat, sepanjang memuntahkan jawapan ke atas kertas saya tak berhenti fikir, "berapa banyak sangatlah soalan yang aku jawab dengan betul dan jayanya tadi".
kitab memang dah habis kunyah hadam. tapi sejauh mana yang dikata kan 'ilmu' itu benar-benar terlekat di dada dan saya aplikasi kan atas setiap soalan, wallahua'lam.
peperiksaan akhir berbeza feelingnya dengan peperiksaan setengah tahun. Apatah lagi untuk killer subject. Saya terasa semacam dunia ni dah kiamat semasa keluar dewan. Sedar ada yang bulat-bulat saya jawab salah dengan bangganya. Umi seorang guru. Jadi saya faham betul perasaan guru-guru bila jawapan yang ditanda hancur terbarai. "soalan senang macam ni pun tak dapat jawab. penat cikgu ajar", disertakan sekali riak wajah yang hampa.
Pasrah betul ni. Sungguh!
Cakap pasal kiamat, hidup macam sebuah persediaan untuk hari peperiksaan juga. biasanya orang yang set setiap muka surat dalam kepala serta aplikasinya sekali, mesti peperiksaan bukan lah satu masalah besar baginya. masakan tidak. segala senapang gajah dan bom tangan sudah disiapkannya. persediaan yang cukup rapi.
tapi hidup, berilah berjuta ratus tahun pun saya tak kira ada manusia yang rela mati yakin dengan bekalan untuk peperiksaan akhiratnya. itu sayalah. kalau ada yang sudah bersedia, memang saya tabik spring.
risau takut-takut gagal bila terima keputusan nanti pun, satu perkara yang memomokkan saya. nau'zubillah. Walau apapun keputusan yang saya dapat nanti, itu rezeki namanya.
memang, saya tak mahu jadi orang yang menjadikan dunia sebagai sasaran. tapi peperiksaan dunia penting juga untuk kesinambungan akhirat. Sebagai alat.Tambahan pula dunia Islam hari ini memerlukan somebody untuk kembali mengukir nama di mata dunia.
tapi saya sedar. Saya bukanlah siapa-siapa untuk Islam yang kita cintai ini. Islam tidak selemah mana untuk bangkit. kalau saya mati sekali pun, Allah akan lahirkan berjuta lagi pejuang untuk agamaNya.
dan selepas tamat peperiksaan akhir semalam, kesimpulan yang saya suka selepas main-main termenung sana sini,
kejayaan bukan untuk dibanggai tetapi untuk diinsafi akan tanggung jawab yang menanti. Harus jaga-jaga, kejayaan boleh menipu, iaitu adalah apabila diri MERASA PUAS. Kejayaan duniawi bukan ukuran redha Allah dan berkat hidup kita kerana kita masih di dalam waktu ujian. Belum diketahui keputusan sebenarnya, kepuasan hakiki hanyalah apabila kematian kita dalam husnul khatimah dan barzakh menjadi sebahagian dari taman syurga.
berjaya ujian bangga.
gagal ujian sabar.
dunia memang penting. Akhirat apatah lagi.
wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment