Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance
Dalam senarai 200 rangking universiti terbaik seluruh dunia, tiada yang dari Tanah Melayu di dalamnya. Tempat pertama ditakluk oleh Harvard University yang sudah tertubuh 374 tahun itu. Diikuti dengan California Institute of Technology (2), Massachusetts Institute of Technology(3), Standford University(4), Princeton University(5). Masing-masing terletak di Amerika
Kalau menurut Dr.Ahmad Murad Merican ahli akademik di Universiti Teknologi Petronas, fenomena ini terjadi sebab antara 200 yang di tangga teratas itu kritikal mindanya. Ada tersimpan batu geliga di dalamnya mungkin. Kekritikalan itu besar kemungkinan kerana mereka punyai Jabatan Sejarah atau Falsafah.
Apa kena mengena Sejarah atau Falsafah dengan kecemerlangan mereka di mata dunia?
Ini hanya pendapat peribadi.
Dalam lebih kurang 60 universiti di Tanah Melayu ini, kurang dari 5 sahaja yang punyai Jabatan Sejarah! Pelajar sekolah sahaja tidak berminat dengan sejarah. Itulah tidak nampak apa cahaya yang ada di belakang sejarah dan falsafah.
Falsafah ni ada pada hampir semua perkara. Boleh dikatakan batu asas kepada sebuah binaan.
Apa falsafah orang cipta kereta. Supaya mudah pergerakan kita seharian.
Apa falsafah orang berwudhu'. Mudah-mudahan akan ada dosa yang mengalir darinya.
Tanpa falsafah, budak-budak [termasuklah saya dahulunya] hanya tahu belajar dan menghafal kitab membabi buta tanpa tahu apa fungsinya. Yang mereka tahu, hujung tahun nanti periksa, taburkan semua jawapan atas kertas jawapan. Dengan adanya ilmu falsafah dalam diri, yang bernama pelajar itu nanti tahu apa nak dibuat dengan ilmu yang menimbun di kepala dan heartynya.
Tanpa falsafah juga, pelajar-pelajar hanya tahu menelan bulat-bulat semua kata-kata gurunya. Semua diiyakan. Semua dianggukkan. Ini yang orang kata 'captured mind'. Dengan adanya sejarah, mungkin ada perkara atau fakta yang boleh dijadikan persoalan lalu dibentangkan jawapan yang betul-betul benar.
Bukan menunjuk pandai, tapi sejauh mana kebenaran dalam ilmu itu benar-benar disampai serapkan dalam jiwa si penuntut. Mengejar silibus atau ajarkan mereka bagaimana aplikasi ilmu dalam hidup. Biar ilmu itu nanti ada nilai manusiawi.
Ini baru betul-betul mendidik. Mengajar dan mendidik itu, ada bedanya.
Tetapi walaupun 10 bakul ahli akademik bersengkang mata buat bermacam tajuk 'research' , aplikasi sangat penting. Supaya nanti falsafah tak terbiar jadi falsampah.
Maksudnya, tenggelam dalam falsafah sahaja pun tak boleh. tak relevan, perlu ada pelaksanaan. Biar nanti tak menjadi dogmatik. Keawang-awangan tanpa sedar kaki tak terpijak di bumi.
Telitilah sejarah. Sejarah orang menang. Sejarah orang kalah. Apatah lagi sejarah Islam yang kita cintai.
Ia mengajar kita berfikir Ia suara masa lalu. Ia saksi apa yang telah berlaku.
wallahua'lam
No comments:
Post a Comment