Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance
Bila Allah ciptakan manusia, ia disertakan dengan pelbagai fitrah. Cinta sudah pasti salah satu daripadanya.
Cinta tu panjang benar usianya. Lahirnya sahaja mendahului insan. Cinta Khaliq kepada makhluq, tadaaaa..alam ini terbentuk. Belum pun sempat kita minta udara, air, bulan, bintang, matahari, sudah pun Dia beri. Pakej.
Jadi, cinta pada tanah air beserta keharmoniannya pun fitrah manusia juga. Dianjurkan oleh Islam lagi.
Kerana Allah, ada insan yang berjiwa patriotik.
Antara definisi ringkas patriotisme, rasa berkewajipan untuk bekerja membanting tulang dengan penuh semangat membebaskan negara dari tangan-tangan serakah penjajah, dan mengisi kemerdekaan dengan menanamkan harga diri dalam jiwa bangsanya.
Tapi ada satu spesis bangsa yang menganggap patriotisme itu adalah memecah-belahkan manusia menjadi beberapa kelompok yang saling berbunuhan, beraci-maki tak cukup sebakul, saling berdusta untuk menyebarkan pemikiran dan cita-cita yang didorong hawa nafsu semata. Dan semua itu hanya untuk kepentingan golongan tertentu.
Macam Perjanjian Pangkor 1874 dulu-dulu, itu lah titik mulanya Inggeris campur tangan dalam urusan Perak.
Beza pembatasan nilai patriotisme antara kita dan mereka juga dah pasti jauh berbeza. Kita berpatriotik atas batas akidah. Mereka pula membataskan dengan tanah dan geografi. Jadi, di mana tempat ada orang melafazkan Laa Ilaaha IllaLlaah Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah, harus ada rasa prihatin dan sepenanggungan bersama. Setiap muslim mesti bersama-sama untuk kebaikan seluruh muslim di tanah itu.
Tapi 'untuk kebaikan seluruh muslim' tu bukan kerja mudah boleh digerakkan berseorangan. Mesti digerakkan oleh banyak orang tapi bukan orang yang berkerumun tak teratur.
Dari segi tujuan pula, para pemimpin sekular itu hanya bertujuan untuk selamatkan negara mereka. Kalaupun mereka berkorban harta dan jiwa, itu hanya lah tertumpu kepada material sahaja. Habis khazanah kekayaan bumi jajahannya dikaut.Tambahan lagi, nak memperkuatkan diri atas bangsa lain. Yang terdasyat, macam pembunuhan berjemaah yang dianjurkan oleh Hitler atas nama pembersihan etniknya.
Muslim pula dibebani amanah untuk mengorbankan harta dan jiwa keseluruhannya untuk menunjukkan manusia dengan sinar Islam dan menyebarkan ilmu Islam ke seluruh dunia dengan tak mengharap apa-apa balasan. Apatah lagi memperbudakkan mana-mana bangsa.
Faktor inilah yang menggelombangkan semangat para salafi dulu-dulu untuk melakukan perintisan dengan membuka wilayah-wilayah baru serata dunia. Segempar Uthman ibn Affan. Tak segan silu mengejutkan dunia. Dibekukan pula dalam sejarah.
Di atas tanah yang kita pijak hasil perahan sebaldi peluh Tok Janggut, Mat Kilau dan sahabat-sahabat seangkatannya ini, saya rasa risau melihat kepadatan pusat serenti, kemampatan penjara besi, kesesakan sarang maksiat, dan segala macam yang seangkatan dengannya. Di saat manusia memecut pantas tamadun bangsa, 'tamadun dalaman' manusia kelihatan semakin jatuh tersungkur pula.
Paling kesal, melihat gelagat pertikaman lidah bertubi-tubi sebahagian ahli dewan parlimen semasa perbahasan sedang berjalan. Tak ubah macam anak kecil diusik kawan. "Bagi tau mak kite. Wuuuu~~~".
Bimbang kesusutan jati diri yang semakin membusuk tu akan sekali lagi buat Malaysia tercinta ini tersungkur lagi ke tangan mereka. Nau'zubillah ~~
wallahua'lam
No comments:
Post a Comment