Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance
Ayah, banyak sanadnya. Risau benar anak-anaknya hanyut di luar batas syaria't. Apa lagi berhadapan dengan wajah dunia yang sangat 'hensem' hari ini.
Setiap dari ahli keluarga kami, nampaknya sudah sangat terbiasa bermusafir. Genetik mungkin. Ayah yang kerap terbang serata alam atas tuntutan kerja, umi yang tak kisah kembara sorang diri ke mana sahaja bila-bila masa sahaja, dan kami 5 beradik yang dah sangat terbiasa kembara ke mana sahaja sorang diri dari kecil lagi.
Kepada sahabat-sahabat yang kerap bermusafir, apatah lagi membawa misi sejagat, mesti dah biasa singgah di mana-mana perhentian untuk solat kan?
Kata ayah, kalau singgah mana-mana tempat solat, nampak ada Quran yang macam lama tak bersentuh, ambil dan baca. Bersihkan habuk debunya. Paling kurang satu ayat kalau tak punya banyak masa.
InsyaAllah, dalam kesibukan dunia manusia hari ini, kita luangkan sedikit masa untuk setiap huruf yang ada penjaga setiap satunya. Siapa tahu mudah-mudahan huruf-huruf itu jadi saksi penambah berat timbangan kita.
Jangan nanti dah kena santau, baru sibuk cari Quran minta tolong.
wallahua'lam
3 comments:
betul jga tu..insyaAllah akn cuba buat lpas ni. :)
mumtaz
kun* :)
Post a Comment