Showing posts with label peranan. Show all posts
Showing posts with label peranan. Show all posts

October 10, 2010

cinta Malaysia

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance



Bila Allah ciptakan manusia, ia disertakan dengan pelbagai fitrah. Cinta sudah pasti salah satu daripadanya.

Cinta tu panjang benar usianya. Lahirnya sahaja mendahului insan. Cinta Khaliq kepada makhluq, tadaaaa..alam ini terbentuk. Belum pun sempat kita minta udara, air, bulan, bintang, matahari, sudah pun Dia beri. Pakej.

Jadi, cinta pada tanah air beserta keharmoniannya pun fitrah manusia juga. Dianjurkan oleh Islam lagi.
Kerana Allah, ada insan yang berjiwa patriotik.

Antara definisi ringkas patriotisme, rasa berkewajipan untuk bekerja membanting tulang dengan penuh semangat membebaskan negara dari tangan-tangan serakah penjajah, dan mengisi kemerdekaan dengan menanamkan harga diri dalam jiwa bangsanya.

Tapi ada satu spesis bangsa yang menganggap patriotisme itu adalah memecah-belahkan manusia menjadi beberapa kelompok yang saling berbunuhan, beraci-maki tak cukup sebakul, saling berdusta untuk menyebarkan pemikiran dan cita-cita yang didorong hawa nafsu semata. Dan semua itu hanya untuk kepentingan golongan tertentu.

Macam Perjanjian Pangkor 1874 dulu-dulu, itu lah titik mulanya Inggeris campur tangan dalam urusan Perak.

Beza pembatasan nilai patriotisme antara kita dan mereka juga dah pasti jauh berbeza. Kita berpatriotik atas batas akidah. Mereka pula membataskan dengan tanah dan geografi. Jadi, di mana tempat ada orang melafazkan Laa Ilaaha IllaLlaah Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah, harus ada rasa prihatin dan sepenanggungan bersama. Setiap muslim mesti bersama-sama untuk kebaikan seluruh muslim di tanah itu.

Tapi 'untuk kebaikan seluruh muslim' tu bukan kerja mudah boleh digerakkan berseorangan. Mesti digerakkan oleh banyak orang tapi bukan orang yang berkerumun tak teratur.

Dari segi tujuan pula, para pemimpin sekular itu hanya bertujuan untuk selamatkan negara mereka. Kalaupun mereka berkorban harta dan jiwa, itu hanya lah tertumpu kepada material sahaja. Habis khazanah kekayaan bumi jajahannya dikaut.Tambahan lagi, nak memperkuatkan diri atas bangsa lain. Yang terdasyat, macam pembunuhan berjemaah yang dianjurkan oleh Hitler atas nama pembersihan etniknya.

Muslim pula dibebani amanah untuk mengorbankan harta dan jiwa keseluruhannya untuk menunjukkan manusia dengan sinar Islam dan menyebarkan ilmu Islam ke seluruh dunia dengan tak mengharap apa-apa balasan. Apatah lagi memperbudakkan mana-mana bangsa.

Faktor inilah yang menggelombangkan semangat para salafi dulu-dulu untuk melakukan perintisan dengan membuka wilayah-wilayah baru serata dunia. Segempar Uthman ibn Affan. Tak segan silu mengejutkan dunia. Dibekukan pula dalam sejarah.

Di atas tanah yang kita pijak hasil perahan sebaldi peluh Tok Janggut, Mat Kilau dan sahabat-sahabat seangkatannya ini, saya rasa risau melihat kepadatan pusat serenti, kemampatan penjara besi, kesesakan sarang maksiat, dan segala macam yang seangkatan dengannya. Di saat manusia memecut pantas tamadun bangsa, 'tamadun dalaman' manusia kelihatan semakin jatuh tersungkur pula.

Paling kesal, melihat gelagat pertikaman lidah bertubi-tubi sebahagian ahli dewan parlimen semasa perbahasan sedang berjalan. Tak ubah macam anak kecil diusik kawan. "Bagi tau mak kite. Wuuuu~~~".

Bimbang kesusutan jati diri yang semakin membusuk tu akan sekali lagi buat Malaysia tercinta ini tersungkur lagi ke tangan mereka. Nau'zubillah ~~







wallahua'lam







May 4, 2010

ada pendirian?

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance

rumah adalah tempat yang paling kurang aku jejakkan kaki berbanding tempat pengajian semenjak enam tahun kebelakangan ini.memandangkan sekolah yang beribu batu jauhnya dari rumah,cuti hujung minggu pun belum tentu pulang ke rumah.hanya cuti panjang.siapa tak cemburu lihat kawan-kawan yang ada pengunjung tetap setiap minggu.pernah juga suarakan kepada umi tentang hal ini.tapi umi memang suka buat muka tak bersalah.

"alah,umi dengan ayah dulu belajar tak pernah ada siapa pun jenguk,tak kisah pun.orang lain lagi lah.entah-entah tak ada mak ayah pun"

oh,baiklah.semenjak itu sudah mula biasakan diri dengan keadaan walau kadang-kadang akui juga,bagai mahu menitis manik-manik jernih hanya kerana rindukan keluarga.alahai(memang dah selalu menitis pun.~~;p)

sekarang,rumah sudah tidaklah sejauh mana dengan pusat pengajian.namun kekerapan pulang ke rumah masih boleh dikira dengan jari kaki dan tangan.kenapa?
ada perkara lain yang lebih memerlukan aku kira.

dan saat ini,aku di rumah.teratak ayahanda dan bonda:)..sebelum solat maghrib berjemaah tadi,ternampak beg duit adik,yang seingat aku itu milik abangnya dahulu.sudah betukar hak milik kah?

"izah,ni abang zaid punya kan?"

"tak lah,dia dah bagi izah.dia guna yang lain"

sengaja aku buka mahu lihat isinya.

"waa,banyaknya duit izah"

walhal hanya ada lima keping kertas biru yang aku kira banyak untuk pelajar sekolah rendah.

"tak ada syiling pun?"

"malas lah nak tukar,tu ayah yang bagi.izah tak rehat pun"

"habis,masa rehat izah buat apa?tak lapar ke?"

"pergi perpustakaan.tak lapar lah.sikit pun tak lapar"

terdetik dalam hearty,subhanallah!.adik aku kah ni.kagum.ta'ajub.rajinnya dia.sudahlah tidak turun rehat.tidak pula dia habiskan duit yang ayah beri berjoli sakan di koperasi sekolah.waktu malam,usai solat mahrib dan mengaji Al-Quran,terus dia capai buku.siap kan mana-mana kerja sekolah yang belum siap.kadang sampai sanggup tak makan untuk siapkan tugasan semata.prestasi pelajaran pun bertambah baik.
syukur~~

adik yang seorang lagi,meletup-letup namanya di sekolah.di antara ramai-ramai pelajar yang menghafaz kalamullah yang suci itu,dia yang paling pantas dan paling baik bacaannya.doa-doa harian pun banyak dihafalnya.kredit untuk ayah yang tak jemu-jemu mengasah budak seorang ni dari dia kecil dulu.walaupun dengan kebesaran batu dalam kepala yang tak mampu diukur lagi,akhirnya....sudah lah satu-satunya teruna.ayah sangat fokus pada dia.tidak kurang juga kami:)
syukur~~

melihat perkembangan adik-adik di rumah begini,hearty jadi senang.namun tidak semudah itu.intelek sahaja tidak cukup buat bekalan hidup.memandangkan usia adik-adik yang melalui proses pembinaan identiti diri,rasa diri bertanggungjawab untuk bersama.risau juga kalau-kalau jati diri tidak dikukuhkan sebaiknya.sampai satu masa nanti,suka,duka,sayang,marah,benci,akan menguji tiang pendirian dan keteguhan pegangan.

dalam diri kita,ada banyak bahagian yang menuntut tenaga dan peranan.dalam keluarga,ini peranan aku.anak,adik,kakak.

kamu?

wallahua'lam.




tadi,ada sorang kawan yang sudah mulai sedar di mana tempatnya di sisi umat.syukur~~