Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance
16 Disember 1999
teruja betul saya pergi hospital nak tengok adik baru
bila jauuh begini,
rasa lama betul tak jumpa dia.
dulu,
makan dia saya suapkan,
sisa-sisa buangan dia saya cucikan,
langkah-langkah pertama dia saya tatihkan,
busuk bacin dia saya mandikan.
biasalah tu kan.
sekarang,
kalau tak kacau dia satu hari bukan saya lah tu.
pantang nampak dia hidup senang lenang, saya tak puas hati. Paling kurang mesti nak dia menjerit walau tak menangis. Akibatnya, saya perlu tabah ditendang dia tiap malam. Bangun pagi celik mata lalu nampak kaki dia dulu, itu biasa.
Dan disebabkan mak ayah dia suka manjakan dia terlebih-lebih sangat, kami 4 beradik yang lain kerap juga lancarkan boikot kepada budak gedik seorang ni. Kunci dia di luar bilik seorang diri, tak mahu bercakap dengan dia seharian, arahkan dia main jauh-jauh dan jangan ganggu kami, itu semua sudah jadi biasa.
Tapi apa pun jadi, dia tetap baik hati dengan saya. Nak manja-manja dengan saya, peluk sesuka hati dia dari pelbagai sudut. Dan sampai sekarang saya kurang faham kenapa dia turut basahkan pipi kalau saya kehujanan tak berhenti.
Sebenarnya saya rasa berbakul-bakul syukur sebab tidak dibesarkan sebatang kara di rumah anak-anak yatim. Walaupun sahabat-sahabat sekeliling kiranya sudah semacam adik-beradik, lain rasanya dengan yang sedarah.
Alhamdulillah

wallahua'lam
No comments:
Post a Comment