May 29, 2010

bintang jatuh-4


Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance




"inilah perjalanan sebuah Cinta Sejati". Bintang jatuh berbisik di teliga Putera Katak.
"pejamkan matamu wahai sang Putera,jika takdir itu benar-benar wujud,ia tak akan membiarkan mu mati begitu sahaja.jika kamu merasakan perjalanan ini perlu dihentikan,jeritlah dengan sekuat heartymu perkataan 'berhenti'.

sepantas kilat Putera Katak dibawa membelah kepekatan langit malam.tiada perasaan takut atau sangsi.apa yang ada hanya perasaan cinta yang mengalir di segenap pembuluh darah dan nadinya, mengembang dalam diri lalu mencipta satu kekuatan terluar biasa.apabila tiba di satu lintasan langit tengah, Putera Katak bagai merasakan sesuatu yang menarik heartynya untuk menjerit. 'Berhenti !!'. Bintang jatuh terpinga -pinga dan menoleh ke bawah, lalu tersenyum.

kelibat seorang puteri yang sedang duduk di birai bulan menarik perhatiannya.takala Puteri itu mendongak, bintang jatuh terpaku, lantas timbul satu perasaan jahat di benaknya.

genggaman tangan Putera Katak dilepaskan tanpa belas.maka, hancur leburlah jasad Putera Katak di dada langit.satu nyawa dan satu cinta yang pernah diserahkan kepadanya dimatikan tanpa ehsan.

sementara tanpa rasa bersalah dan berdosa,bintang jatuh menghampiri Puteri di birai bulan tadi.

"wahai sang Puteri yang cantik rupawan,siapakah gerangan yang tuan Puteri sedang tunggu?"

tiada senyuman di bibir indah Puteri itu.hanya segaris duka.

di dada langit,ruh Putera Katak disambut oleh malaikat cinta.sebuah cinta sejati yang tiada penghujungnya. hanya janji malaikat cinta untuk menyatukan Putera Katak dengan Puteri Bongsu di sorga kelak yang kekal di atas pusara Putera Katak, menjadi batu nisan yang saban waktu kian meninggi. membelah tujuh langit menjadi tangga para putera dan teruna menjejaki puteri impian mereka di langit atas.





wallahua'lam.



saja suka2 je cerita ni :)

No comments: