Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance
Dalam hidup kita harus beri perhatian kepada dua perkara.Keperluan dan Tujuan.
Kita perlukan wang, rumah, pakaian, makanan, kereta dan sebagainya untuk memenuhi keperluan hidup.Dan semua ini akan jadi lebih harmoni andai kita menjadikan pencarian keperluan hidup sebagai alat untuk mencapai tujuan hidup.
Apa lagi tujuan hidup kalau bukan beribadah seluruhnya kepada Yang Maha Tinggi.
Kita belajar di medan pengajian untuk memenuhi kekosongan ilmu di dada lalu mengangkat martabat karomah insan berakal. Sekali gus memenuhi tuntutan fardu 'ain. Ilmu akan mengajar kita lebih mengenali Al-Khaliq dan rasa diri kerdil tak teratasi seluruh kerajaanNya.
Kita pergi ke tempat kerja untuk mendapatkan hasil usaha titik peluh dan memenuhi keperluan isi rumah. Dalam masa yang sama menetapkan niat di hearty dan menjadikan pekerjaan sebagai ibadah kerana Allah, untuk manusia.
Islam menjadi teramat indah andai dua perkara ini dapat dilaksanakan serentak.
Risau lihat manusia-manusia hamba dunia yang hidup hanya menjadikan keperluan hidup sebagai sasaran utama.
Keperluan hidup menjamin senang dan Tujuan hidup menjamin tenang.
Kuantiti harta itu penting tetapi tidak akan sekali lebih bernilai berbanding kualiti jiwa.
Rumah terbina dengan binaan batu bata.Senang hidup.
Rumahtangga terbina dengan paduan kasih sayang.Tenang jiwa.
Sekali gus semuai ini akan menjamin bahagia.Miskin kah, kaya kah, sama sahaja kerana jiwa itu sudah tenang dalam apa pun keadaan.
wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment