June 22, 2010

terasa bersama

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance


Dalam pejuang,tidak semuanya berilmu. Dalam pejuang yang berilmu sikit yang beramal. Dalam pejuang yang beramal,lebih sikit yang ikhlas. Dalam pejuang yang ikhlas terlalu sikit yang istiqamah. Wahai sahabat,perjuangan bukanlah kita menjatuhkan hukum pada seseorang tetapi menjadikan tidak tahu kepada tahu,dari tahu menjadi beramal,dari beramal jadi ikhlas dalam amalan.dari ikhlas dalam amalan maka istiqamah dalam amalan. Bersama kita muhasabah,kerana tiada gunanya kita bercakap tetapi tidak melakukannya dan melarang tetapi kita pula melakukannya

Di taman ilmu dan budi yang baru ini terasa melimpah-limpah hidayah dan rahmat milik Allah itu terlimpah.satu persatu Dia tunjuk tergolek-golek depan mata.selepas satu,satu.selepas satu,satu.

Niat yang dahulunya hanya ingin mengikut pergerakan dan menyokong dari belakang, tetapi sekarang tiba-tiba rasa bersama dan tersangatlah dekat pula.kalian rasa ke?? :D

sahabat-sahabat.kalian seperti membawa dan memimpin aku ke suatu tempat.Indah tak terbayang.Aku mahu tingkatkan tahap kualiti mutu dan keunggulan taqwa bersama kalian ni.

jangan cicirkan aku..sangat berharap..sangat.



wallahua'lam,

p/s:syukran:)

No comments: