June 25, 2010

kajian luar makmal

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance



sambil-sambil makan malam berdua ala-ala romantik candle light dinner dengan mak ku tadi,kami bual-bual.
Alhamdulillah ummi sihat-sihat sahaja.
ayah,ummi,kakak,aku,adik,....kami semua dah sama tinggi pun..lebih kurang je.Daripada aku melalak teriak kecil dulu,beliau tatang aku sampai dah sama saiz pun dengan beliau sekarang.Hebat kan? :)

ok.no feeling-feeling.bukan mahu cakap tentang itu pun.

Sengaja aku mulakan perbualan.Aku suarakan pendapat pada ummi tentang karenah pelajar-pelajar sekampus.Memerhati keadaan sekeliling kononnya.

Tapi betul,pada pemerhatian aku pelajar yang dahulunya di peringkat sekolah cemerlang,paling tidak pun ikut setiap arahan yang ditetapkan pihak sekolah,pergi prep tepat pada masa,beratur molek-molek di tapak perhimpunan mengikut kelas masing-masing,parking kasut elok-elok sebelum masuk surau,itu pun sudah dikira elok disiplin.

Senang cerita,tidak membawa banyak masalah dan menyerabutkan kepala dan otak pihak sekolah memikirkan tentang perilaku masing-masing ini, kelak nanti di universiti pun akan terbentuk dengan acuan sebegitu inshaAllah.

Berbanding dengan pelajar yang dahulunya di bangku sekolah ada sedikit masalah pada wayar-wayar neuron mereka mungkin [aku lah tu], terbang dari asrama nan indah sesuka hearty,ke mana sahaja bila-bila masa sahaja,menyorok dalam almari mengelak solat beramai-ramai di rumah Allah, lepak-lepak kedai kopi dalam tandas mengelak hadir ke perhimpunan mingguan, dan yang sewaktu dengannya ini nanti di universiti pun sangat tidak mustahil akan tetap dengan berperangai begitu juga.

Maka inferens yang dapat aku buat berdasarkan pemboleh-pemboleh ubah tadi, pelajar sekolah yang baik akan melahirkan mahasiswa yang baik, mahasiswa yang baik akan melahirkan para pekerja yang baik.Mahasiswa rosak, habislah negara sebab membiak para pekerja yang punyai mentaliti senget dan tiada integriti dalam bekerja,beribadah, dan membangun negara nan tercinta.

Amacam?. Setuju?
Jadi,bagaimana ni?

aku :Emm,betul tak ummi ? Macam tu kan ?
Ummi :Memang la. Sebab tu kita kena belajar jadi baik dari sekarang lagi. Kalau tidak nanti menyusahkan ramai orang.Ini tidak,dah besar panjang pun nak diketuk lagi macam budak-budak. Jangan buat itu jangan buat ini. Buat itu buat ini.


Tengok..Sudah ada pun penyokong :)
Kamu tak sokong pun tidak mengapa.

Sebenarnya walaupun sudah bergelar mahasisiwa sekarang, masih ada lagi karat-karat hasil palitan di sekolah dahulu masih terbawa-bawa. Tetapi pesanan azimat sudah diperdengarkan secara langsung tadi. Rugi kalau tidak diaplikasi. Sia-sia aku pulang ke rumah cuti hujung minggu ini.

Diri mesti diperbaharui. Diri yang sama sahaja dengan hari semalam,rugi. Diri yang lebih teruk dari hari semalam,celaka. Diri yang lebih baik dari hari semalam,beruntung.

Mudah sahaja,kita yang harus pilih.mana satu.Nak ke Tak Nak?






wallahua'lam.

1 comment:

dyeba said...

aah ummi.btul tu.haha