Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance
Dua tiga hari kebelakangan ini keadaan sekeliling aku kelam kelibut. Rakan-rakan mengeluh berpeluh dengan masalah hidup masing-masing sampai aku terasa tempiasnya. Sana sedih, sini monyok, situ bengang. Macam-macam. Rasa simpati kadang-kadang. Mahu bantu tapi apalah sangat aku mampu.
Itu namanya hidup. Pasti rasa sakit yang teramat kadang-kadang. Yang tak merasa sakit itu hanya yang sudah tujuh kaki di bawah sana. Andai rasa sakit itu buat kita lebih cekal hadapi yang mendatang..tahniah!
Lalu bagi yang mahu terus hidup dengan segar bugar,apa ajaran Rasul ?Apa pesan Nabi ?Apa saranan agama ?
"hasbiyallahulaa ilaaha illa,hua 'alaihi tawakkaltu,wahua rabbul 'arsyil 'azheem"
pasti sudah mahir+fasih dengan zikir ini kan?
Lagi,Rasulullah yang kita cintai dan tauladan terbaik itu andai resah hearty akan diurut-urut janggutnya.Sambil merenung dan berfikir barangkali.
Tak punya janggut?
Tidak mengapa..penawar lain masih ada.
Rasulullah yang punya peribadi unggul itu juga akan merenung ke langit andai baginda dalam gelisah.
Tidak pasti pula apa motif perlakuan sebegitu. Tetapi kalau yang mengamalkannya itu Muhammad S.A.W inshaAllah pasti ada yang tersirat.
"wahai orang-orang yang beriman! mintalah pertolongan dengan sabar dan solat,sesungguhnya Allah adalah bersama orang-orang yang sabar"
(Al-Baqarah:153)
Ini satu lagi rawatan terbaik.Solat dan Sabar lah. Segala percaturan hidup yang Allah tentukan pasti yang terbaik buat kita tanpa kita sedari.
Solat hajat yang istiqomah inshaAllah membuahkan hasil.Mana lagi antara kaunter pengaduan terbaik kalau bukan di situ.
Sabar kunci paling penting.Cakap memang terlalu sangatlah mudah.Pelaksanaannya belum tentu.Tapi selagi kita yakin dengan kuasa Sabar, pasti tak rugi mmencuba.
Atas kesabaran juga para anbiya sudah beri kita contoh.
Nabi Ya'kub sabar menunggu pulang anaknya yang hilang sampai berputih mata,akhirnya Yusuf kembali juga.
Nabi Yusuf yang menderita dipenjara terfitnah itu dengan sabar jalani nasibnya,akhirnya dipanggil pembesar negeri malah diangkat menjadi menteri besar pula.
Demikian juga Nabi Ayub yang bertahun menderita sakit kulit sehingga tersisih dari anak dan isteri itu akhirnya sembuh dan pulang ke rumah dengan mendapati anak yang 10 sudah jadi 20 kerana masing-masing sudah beranak pinak.
Tapi kalau tidak sabar,haru biru hidup dibuatnya nanti.
Nabi Yunus yang membawa diri dari kaum yang tidak pedulikan seruannya,maka ditakdirkan baginda masuk ke perut ikan nun beberapa hari lamanya.Di situ baginda melatih jiwa.
Tetapi setelah keluar dari kediaman yang aku sendiri tak terbayang itu,baginda membangun diri lagi dengan kesabaran.
Sabar dan Solat harus sejalan.
Kalau hearty gundah gulana sekali pun,harus ditimbang tara.Andai gelisah kerana dunya,kurang-kurangkan sedikit.
Gelisah dunya dan gelisah akhirat jauh sekali berbeza.
Tak percaya? Cubalah
wallahua'lam.
prophetic medicine la sangat :)
3 comments:
Prophetic Medicine.
Besar tajuknya itu. hehe.. Tapi tak mengapa. Kalau ada ulasan yang lebih menarik lagi best. Teringat hari tu pergi untuk dengar taklimat ni.:)masih igt kah?
ngeh-ngeh...yang manakah??? :P
terniat dhearty untuk study pasal tajuk ni sebenarny kak..banyak yg kita x tahu..plus bukan org sains..tapi isiny xd kene ngena pun :D
zian! ena suka post ni! thanks ya.. dpt ubat sdikit sbnyak... :) syg kamu... :)
Post a Comment