July 7, 2010

orang dahulu vs orang sekarang

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance


70 an

Dulu masa zaman kecil kanak-kanak aku pernah pecahkan pinggan di rumah. Bukan sengaja hempas ke lantai pecah berderai. Itu cari nahas namanya. Itu kali pertama aku terpecahkan pinggan makan. Waktu pinggan itu bertukar rupa dari bentuk asal,ayah arahkan aku ambil penyapu untuk bersihkan sisa-sisa kaca. Aku ambil dan mulakan kerja-kerja pembersihan.

Malangnya, aku sekali lagi diarahkan untuk berhenti bergerak. Kaku. Penyapu bertukar tangan. Ayah ambil dan dia pula yang membersih serpihan-serpihan kaca tadi sambil mulut lancar menerangkan kepada aku kaedah yang betul untuk menyapu kaca bagaimana sebenarnya.

Oh,waktu itu tidak pula aku tahu ada cara yang tersendiri rupanya untuk memebersih dengan sebersih-bersihnya sisa deraian kaca tadi. Supaya betul-betul bersih dan selamat untuk orang ramai. Supaya tidak ada sedikit pun serpihan yang tertinggal walaupun sekecil mana.

Pernah juga dahulu aku disuruhnya bersihkan sisa muntah adik. Aduh!!
Bila aku buat, sekali lagi kain lap bertukar tangan. Ayah ambil dan tunjuk pada aku cara yang betul lagi tepat untuk pastikan najis tadi betul-betul bersih dan tidak berselerak ke kawasan lain. Khuatir satu rumah terkena najis.

Dan sekarang, serba sedikit skil-skil tertentu ada dalam tangan andai perkara yang sama berulang lagi satu hari nanti.

Ayah banyak juga kemahiran mengurus kebersihan dan kebajikan rumah. Dan semua itu akan jelas terlihat kalau umi tidak berada di rumah untuk beberapa hari. Kalau umi ada, pasti ayah tak keluarkan pelbagai skil yang beliau ada.

90 an

Amatlah tidak relevan dan tidak sepatutnya seorang manusia berumur dalam lingkungan 20 an masih tidak mahir mengurus diri. Kemas rumah, basuh baju, masak, gosok baju, basuh bilik air. Satu pun dari kemahiran-kemahiran ini masih belum dapat dikuasai dengan baik setelah hampir 20 tahun menetap di atas muka bumi. Kalau tidak semua pun sedikit pun jadilah daripada langsung tidak tahu apa-apa.

Ini perkara asas.

Tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Ilmu mengurus diri sangatlah penting. Kebolehmandirian seseorang amat memberi kesan kepada survival hidupnya,kejayaan dirinya,dan orang di sekelilingnya.

Andai sekecil-kecil perkara pun belum mampu diurus dengan baik apatah lagi mengurus sebuah organisasi,keluarga,masyarakat, hatta sebuah negara ?






wallahua'lam.


No comments: