November 10, 2010

ilmu : bukan benda senang

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance



I do not accept the distinction of 'ulumuddin, 'ulumuddunya. This is really a dangerous concept. We do for Fardfhula'in wa Fardhulkifaayah. The both is i'baadah. To learn how to build the bridge to facilitate the movement of muslims to across the river is i'baadah. To learn how heal the body of human being, Bani Adam in every living, is i'baadah.

-shaykh Hamza Yusuf


Dulu, macam ni jugalah cara saya berfikir. Kita mesti mendukung kedua-dua ilmu dunya dan akhirat. Walhal dalam Islam itu sudah jelas ada Fardhula'ain dan Fardhulkifaayah. Apa ya punca rata-rata ramai dari kalangan kita mindanya ter'set' begini? Dibesarkan oleh sistem pendidikan yang sekular mungkin? Kurang pasti pula saya.

Pernah juga saya terfikir, kalau tidak sebab ingin megalirkan air ke setiap rumah untuk toharoh diri, mengalirkan air ke setiap masjid untuk jemaah berwudhu', mana mungkin kincir air dan sistem pengairan tercipta. Kalau bukan sebab nak tahu bila masuk waktu solat, mungkin juga kita tahu apa itu jam yang penciptaan awalnya dari matahari.

Perjalanan ilmu yang kita tatap di buku-buku pelajaran hari ini, sangat berliku dan jauh sekali untuk ia sampai menjadi butir-butir huruf di atas setiap muka surat.

Asy-syaheed Sayyid Quthb mati di dalam penjara bersama kitab-kitab karangannya. Imam Abu Haneefah juga mati di penjara besi kerana menolak jawatan qadi yang ditawarkan Khalifah Abu Ja'far al-Mansoor. Imam Ahmad dipenjara dan dibelasah teruk selama 2 tahun atas arahan Khalifah al-Ma'moon kerana ketegasan beliau menolak konsep yang dicanang Mu'tazilah mengatakan Al-Quran itu adalah makhluk.

Kerana ingin pertahankan kesucian ilmu, itu yang mereka dapat sebagai habuan. Ok lah tu. Daripada tak dapat apa-apa. Bonus pahit untuk mereka di sisi dunya. Manisnya di syurga nanti.

Tapi tak mengapa mereka mati, apatah lagi mati dengan mulia. Sebab Rasulullah pernah berkata dalam sebuah hadis baginda, 'apabila ada seorang a'lim yang mati, akan muncul suatu pembukaan intelek yang mana tidak lah ia dilindungi( diisi) melainkan oleh seorang a'lim yang lain'.

Berbaris lagi ulama' yang muncul dicelah-celah perjuangan muslim membangun institusi kegemilangan ilmu.
Kegemilangan ilmu di zaman para taabi'oon lahir bersama kerendahan hati dan diri ummat ketika itu. Baik betul hati mereka apabila tidak segan silu malah bongkak tak tentu pasal dengan mengajar orang-orang Kristian di Andalusia. Mereka memberi izin kepada kafir-kafir itu untuk duduk bersama sertai mereka dalam halaqah perbincangan ilmu, walaupun ada suara-suara cendiakawan muslim ketika itu yang mengkritik, "sepatutnya kita tak benarkan orang-orang Kristian Eropah itu datang dan duduk bersama-sama kita, kerana kelak mereka akan mencedok ilmu kita dan membawanya kepada manusia-manusia tanpa memberi tahu dari mana datangnya ilmu itu"

Perampok profesional!!

Eropah mungkin lupa atau buat-buat lupa dengan sejarahnya yang berwajah huduh itu. Daripada generasi Rasulullah dan sahabat menggoncang kegelapan Rom, sehinggalah hari ini.

Ilmu itu telah dibayar harganya dengan keringat dan darah ulama' terdahulu. Kini giliran kita melakukan yang sama walaupun tanpa darah, rampas kembali mutiara milik kita.

Oh ya, jihad mengejar ilmu memang bukan benda senang tapi saya masih sedang cuba meneladani semangat orang dulu-dulu.










wallahua'lam.

No comments: