August 24, 2010

dilema legislatif

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance

Saya pelajar jurusan undang-undang. Seawal bulan Jun yang lepas adalah permulaan kelas saya bagi semester yang baru. Bab pertama yang disentuh adalah Law of Contract. Subtopik yang pertama : offer and acceptance. Bermula dari pembelajaran di dalam kelas ditambah dengan pembacaan sendiri, saya mengesan suatu kelompongan. Sistem perundangan yang diaplikasi di Malaysia berasaskan sistem perundangan di England yang sudah terbina berabad lama dahulu.

Sekitar abad ke 14, Undang-undang Rom dan Undang-undang Inggeris secara asasnya dibina oleh adat masyarakat setempat yang kemudiannya melalui proses perubahan dari masa ke semasa mengikut keadaan semasa hatta sehingga ke hari ini. Tidak sampai ke tahap menjelik dan memeperlekeh ilmu yang saya belajar kerana risau hilang keberkatan dan berlagak tahu semua, saya sedikit kesal dengan replika undang-undang ukiran manusia penuh alpa.

Ada sebahagian kanun yang saya rasakan langsung tidak memperuntukkan sebenar-benar keadilan. Sebagai contoh Undang-undang Adat yang mempunyai banyak kekurangan dan terang-terang ia disokong dengan bukti kukuh. Raja sebagai pemegang kuasa mutlak. Sesekali saya terasa lagaknya seperti perangai raja-raja Melayu dalam filem-filem Melayu pula.

Persoalan besar ligat main pusing-pusing dalam kepala saya adalah, apa kata Islam tentang semua ini. Alhamdulillah Allah izin. Selagi saya tak dapat, saya tak akan dapat belajar dengan hearty yang tenang. Sampai pernah terdetik dalam hearty,
" apsal la aku sibuk sangat belajar pasal doktrin orang putih ni. Macam la agama aku tak ada prinsip sendiri".
Tidak boleh begitu. Bongkak namanya. Saya jadi bingung dengan dilema diri sendiri. Saya baca dan baca lagi. Tidak cukup dengan buku-buku yang dah pun dibekalkan berbakul-bakul di perpustakaan Pusat Asasi, saya merantau sampai ke perpustakaan Kampus Utama hanya semata-mata untuk itu.

Saya jadi lega bila terjumpa dengan perspektif Islam dan pendiriannya mengenai beberapa bab yang saya belajar. Sekarang saya lebih tenang untuk terus belajar silibus yang sudah temaktub.

Kalau lah ada soalan berbentuk kritikal begini..siaplah

Saya mula membanding undang-undang Islam yang utuhnya bertiangkan Quran dan Sunnah, dengan undang-undang yang cabangnya sangat berselirat dan arah tidak menentu tadi.
Subhanallah Allahuakbar.Sungguh saya rasa Islam yang Allah kurniakan itu teramat sangatlah suci aturan dan perjalanannya. Boleh dikatakan, speechless untuk menggambarkan tooooo indah ayat-ayat Allah itu. Dibandingkan dengan kanun-kanun dan statut-statut yang terkoyak sana sini itu.

Sayang tanah air tercinta ini entah bila mahu bebaskan dirinya dari rangkulan ketercekikkan. Merdeka hanya di mata.

Saya hanya baru di permulaan jalan. Banyak lagi perkara yang sangat saya tidak arif. Ini hanya pandangan seorang budak baru belajar yang tidak mahu menelan sepatah-sepatah, sebutir-sebutir perkataan dalam buku teks yang juga replika dari 'mereka' !!




wallahua'lam.







Islam is the way of life..percayalah

No comments: