Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance
tiduuur,
apa untungnya tidur ni,
hanya,
memuaskan nafsu mata sahaja,
kata para ulama',
tidur itu ada kelazatan tabi'enya,
walau orang yang tidur tidak merasa pun,
sebab dia tidur,
bila sudah celik mata tak pun dia merasa apa,
nikmat itu terasa ketika dia sedang tidur,
jadi sememangnya dia tidak merasai,
kenapa?
sah-sah sebab dia ridur,
jadi sedapnya rasa tidur itu hanya perasaan sahaja.
dalam masa sebulan,
kalau tidur 8 jam sehari bermakna 240 jam,
240 jam bermakna 10 hari dia tidur!.
kalau umur dia 60 tahun,
1/3 umurnya untuk tidur.
bermakna 20 tahun sudah dia ketiduran!
amboi...
rugi tu
jadi,
gunakan sedikit masa yang Allah beri,
untuk kita sama-sama baca Al-Mulk sebelum mahu lelap mata.
tak mahu baca semua,
sedikit pun jadilah
ini tidak,
sebelum tidur sumbat rokok sebatang dahulu,
tonton guling-guling 'wrestling' dahulu,
tonton Doraemong dahulu,
"buat apa tu pak aji?"
"tengok doremon"
~~~~~~~~~~~
jum mulakan ini malam,
bagi yang sudah biasa,
baguuuuuus,
masa sudahlah tak banyak,
apatah lagi kita di tahun baru ini,[bagi saya],
umur ummat Muhammad SAW bkan sepanjang mana.
itu pun kalau panjang umur.
"kalau agak-agak awak mati malam ini boleh?"
"ish tak boleh ustaz!!"
"apa fasal tak boleh?"
"saya tak siap diri lagi ni"
"dah tu bila mahu siap?"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
bila Allah kurniakan kita masa,
jangan sampai kita kehabisannya,
maka,
pastinya tidak akan timbul isu...
"hari ini aku nak buang masa macam mana ya?"
esok nanti kalau tiba ajal kita,
ahli keluarga sibuuuuk suruh kita masuk syurga,
buat kenduri arwah,bacaan tahlil dan macam-macam lagi.
hanya harapkan itu,belum tentu kita yang dapat saham,
siapa yang untung?
orang masjid,jiran-jiran dan yang seangkatan dengannya,
kalau bulan ini masjid sunyi
takut tok imam naik hairan
"ai,tak ada orang mati ke bulan ni?"
sudahlah,
usah harapkan siapa untuk beratkan mizan kita,
melainkan kita sendiri yang memberatkan dengan kudrat kita sendiri.
bila mahu buat?
sekarang la
tak ada banyak masa lagi.
wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment