May 19, 2010

bintang jatuh-3

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance


setelah meminta bantuan dari kupu-kupu dan helang untuk menjejaki Puteri Bongsu,sememangnya Putera Katak hampir sahaja putus asa.namun,tetap dikuatkan tekad dengan meminta pertolongan dari angin.angin telah mengajarnya untuk mengelilingi bumi.lebih tinggi dari gunung-ganang dan awan gemawan.

namun Puteri Bongsu dari wilayah pari-pari masih begitu tinggi tidak tercapainya di langit biru.tiada angin yang mampu menembusi langit biru dalam sejarah alam! Putera Katak berasa sangat rawan dan teramat berputus harapan untuk menjejaki Puteri Bongsu lagi sehinggalah pada satu malam yang sunyi dan sepi, ada sebutir bintang jatuh dari dada langit.

bintang tersebut menawarkan diri kepada Putera Katak untuk terbang menembusi langit tinggi selincah kilat.malah lebih pantas dari kilat dan setinggi sejuta langit yang bakal dijelajahi.namun bintang jatuh meletakkan syarat kepada Putera Katak.seandainya Putera Katak tidak mampu mendarat tepat di hadapan Puteri Bongsu dan tersasar jauh dari wilayah pari-pari,maka kematian yang akan menanti Putera Katak.

hancur lebur seperti tepung membuat cekodok!serpihan tepung dari tubuh Putera Katak akan bertabur berselerak di dada langit dan menjadi tangisan awan yang bakal mencemari bumi.namun Putera Katak tetap bersetuju dan rela menerima segala risiko dan bahaya yang sedang menunggu.

kepada bintang jatuh dia serahkan nyawa demi cintanya yang membara terhadap Puteri Bongsu.sekaligus dia membiarkan nyawa yang satu itu bakal lebur di kaki langit jika kegagalan yang akan ditemuinya nanti.malam kian pekat.air matanya menitis di dasar hearty yang paling dalam .ketika bintang jatuh menggenggam erat tangannya,Putera Katak pasrah!



wallahua'lam.




kalaulah cintakan Dia sebegini~~~

kenapa begini

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance

usai solat isya' dengan adik tadi,kami sembang-sembang sambil lipat tikar sejadah.adik yang mulakan perbualan.

"kalau kita dah haid,kena pakai tudung kan?"

"hmm,mestilah.kenapa?"

"kat sekolah izah ada sorang kawan taw.dia gemuk.hehe.dia dah haid dah.tadi dia cerita dengan izah."

"yeke..apa yang dia cerita?"

"dia cakap kat ayah dia yang dia kena pakai tudung.lepas tu ayah dia cakap,mengarut je pakai tudung ni"

terdiam.
tak tahu perlu cakap apa.terkedu.terkesima.terkezut.pakej.semua ada.
Allahuakbar!.ada pula spesis ibu bapa sebegini rupa.
dalam hearty aku mohon agar adik tu dikuat kan hearty dan tekadnya untuk pakai tudung+pelihara aurat sesempurna mungkin walau ada yang menghalang walhal memang tak patut langsung dihalang.dan jauh dari bermacam-macam pintu kejahatan.
pening.mak ayah dia liberal kah.mana-mana pun boleh?
nau'zubillah.

tak tahu apa solusi.




wallahua'lam.

May 18, 2010

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance


dulu,aku ada kenal seseorang.tapi hakikatnya dia kenal aku dulu sebenarnya.sudahla dia dulu yang kenal aku,dengan baik dan sepenuh hearty pula tu sanggup buat banyak perkara untuk aku.
untuk tunaikan semua perkara yang aku tak pernah minta dan meminta-minta,dia sanggup kerja keras.

dulu,aku makan tak habis,dia tegur.aku melayar mimipi di siang-siang hari buta,dia tegur.aku belajar main-main,dia tegur.aku buat muka macam tempe basi bila kena tegur,dia tegur.
dan hari ini,apa yang dulu-dulu dia tegur,tak teringin dan berkenan di hearty pun nak buat lagi.serik asyik kena tegur.

dulu,orang cakap aku anak orang kaya."hey,bapak kau kan duit juta-juta".aku buat muka pelik.pelik dengan kenyataan tu.selama aku hidup tak pernah pula aku terasa macam anak orang kaya.sekarang sudah sama sekali tidak macam dulu.yang aku minta-minta pada dia ada sahaja sekatan.dia pernah cakap,bukan dia tidak mau hulur apa yang aku minta,tapi kita hidup kena rasional dan relevan.syiling sepuluh sen pun belum tentu kau akan jumpa di tepi jalan kaki lima.

dulu juga dia banyak ajarkan aku ayat-ayat keramat buat pendinding diri.pesan dia,dia tidak ada kudrat untuk jaga aku lagi macam dulu-dulu.andai ditakdirkan aku gugur dalam misi pun,belum tentu dia boleh sambut aku dalam liang sana.Allah Ta'ala sahaja yang akan sentiasa bersama.aku kena hargai sebab dekat sekolah mana pun belum ada cikgu lagi yang ajarkan aku sebagaimana dia ajar.terlalu banyak.

sekarang,aku tak tahu apa yang aku buat untuk balas apa yang dia buat terlalu banyak untuk aku dulu.aku rasa apa aku buat pun tak kan terbalas walau sekelumit.selalu juga aku pohon pada Rabbul A'lameen agar jangan dia dijemput dahulu sebelum aku persembahkan pada dia seciput nikmat untuk dia merasa hasil kudrat aku sendiri.tapi,risalah An-Nuur ada ajarkan aku cara.Doa yang tidak putus-putus aku poskan ke langit tertinggi untuk kesejateraan dia sepanjang hayat sini dan hayat sana.Ameen



AYAH.selamat hari lahir.






wallahua'lam.

May 12, 2010

bintang jatuh-2

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance



Putera Katak mahir menunggang kuda dan bermain pedang api tetapi tidak ada kelebihan untuk terbang.
Putera Katak keluar dari istana untuk berguru dengan kupu-kupu.tetapi kupu-kupu tidak dapat membawanya terbang melintasi awan gemawan biru.hanya lalang di pinggir jalan.

kemudian Putera Katak belajar terbang dengan burung helang pula.tidak sedikit putus harapan...apa boleh buat,helang hanya mampu menghantar Putera Katak hingga ke atas menara utara bumi.tidak ada unggas bersayap yang mampu terbang lebih tinggi lagi melainkan helang.

hampir saja putus asa.pada siapa lagi Putera Katak ingin mengadu nasib dan mohon bantuan...demi Puteri Bongsu.


May 10, 2010

the stranger

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance


stranger?
different

have you ever met a stranger before?
estranged

do you know how it feels to be a stranger?
alienated

why would anyone want to be a stranger?

Islam began as something strange,
and will return once again as something strange.

so glad tidings for the strangers!

best of the best
Abu Bakar asSiddeeq
Umar alKhattab
Usman bin Affan
Ali bin Abi Talib

from being strangers,Islam transformed them.
to become the greatest world order known to mankind

The Umayyad Caliphate
The Abbasid Caliphate

the whole world turned to the
STRANGERS

Islam was glorious
across the globe

but when strangers gradually abandoned their faith
Allah destined the fall of the strangers

once again Islam becomes estranged
and the believers are now strangers again

are you a stranger?





wallahua'lam