April 12, 2010

ikan laga

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance

waktu daftar diri 4 minggu lepas,naik turun bangunan.adatlah orang baru pindah masuk bilik.selesai semua barang di angkat,singgah semula ke kereta salam dan beri ciuman untuk umi dan ayah.ada sesuatu yang masih tertinggal sebenarnya.sengaja biar supaya jadi yang terakhir untuk dibawa naik ke bilik..ikan laga.

suka tengok dia pusing-pusing dalam balang kaca yang aku ikat reben pada bahagian atas.perjalanan mahu naik ke bilik,lalu berhampiran dengan beberapa orang wanita.pasti mereka satu keluarga.bila sudah melepasi,terdengar suara-suara mereka."haha,dah kenapa budak ni bawak ikan pulak dia".boleh pula tu pakat-pakat gelakkan aku ramai-ramai.

aku dengar dengan jelas.tapi tak jadi masalah pun.apa lagi terasa hearty.aku terus mendaki simen bangunan tu untuk sampai ke bilik.tersenyum dengan girangnya."tak apalah mak cik.gelak la saya tak kisah.mak cik tak tau betapa sayang nya saya dengan makhluk yang sekor ni.kalau mak cik tak nak berkasih sayang sesama makhluk,biar saya" (n_n)v~~

tiap kali mahu ulang kaji pelajaran,bila sudah duduk diam-diam di kerusi,dia dulu yang aku tatap buat main-main.kadang sampai bercakap seorang diri lagaknya.

sayang itu indah-andai diletak pada tempat yang benar.sayang binatang hearty tenang.tak tahu kenapa.tapi aku begitu.banyak juga gambar-gambar haiwan dalam simpanan.ada gelagat yang kadang mencuit hearty.

sayang aku pada manusia berlebih-lebih lagi.jangan terkejut andai baru sekali bertemu,bersalaman,bertukar cerita,bergelak-tawa,aku sudah mula sayang kamu.

wallahua'lam.

No comments: