Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance
seorang pemandu kereta yang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, habis dimaki hamunnya suasana. ingin berkejar ke tempat kerja ditambah pula dengan kelewatan,tahap kemarahannya sudah menyamai ketinggian gunung kalimanjaro mungkin.
seorang lelaki yang sedang meninjau-ninjau kalau-kalau ada tempat pakir kereta yang masih kosong di sebuah pusat membeli belah bersama buah heartynya. malang nasib, sudah hampir 10 minit meronda,tiada satu pun ruangan yang kosong. habis semua tuan punya kereta yang tak bersalah dicaci maki.?%#@!....tuuuttt."apalah yang korang buat ramai-ramai kat sini?". hoh,tak fasal-fasal.
seorang pelajar yang baru menerima keputusan peperiksaan dengan natijah yang dirasakan tidak memuaskan hearty. gagal mungkin. habis dikoyaknya slip keputusan peperiksaan tadi.tak cukup dengan itu, dihiasnya lagi dengan carut marut. pada diri sendiri barangkali.
sekumpulan pelajar yang sedang menumpukan sepenuh perhatian pada syarahan kuliah di dalam kelas oleh pensyarah, alih-alih keadaan terganggu dek aroma kurang menyenangkan yang datangnya dari organ manusia itu tiba-tiba menusuk ke ruang pernafasan. menusuk ke tulang mungkin. hilang habis fokus masing-masing.
kepada si mangsa yang tersesak jiwa dalam kesesakan lalu lintas,tenang lah.susah itu lumrah. apa salah pelajari ibrah.lain kali jangan lewat lagi untuk perjalanan yang lancar:)
bagi yang mencari pakir kosong,kalau tetap mahu,teruskan sahajalah mencari.tak perlu salahkan mereka.mungkin juga DIA tak beri kamu peluang untuk bersuka-suka hari itu sebab tiang-tiang bangunan sudah kehabisan vitamin.reput semuanya.mahu mati dalam runtuhan kah?
untuk si adik ,hidup bagai roda.hari ini di bawah.siapa tahu esok kamu di atas.kalau asyik mahu jadi yang di atas sahaja, takut-takut ujub singgah di hearty.koreksi diri semula. mana tahu kurang usaha atau tersilap susun jadual harian?
kawan di kelas,sabarlah.mungkin sahaja yang terlepaskan aroma tadi sakit perut sangat-sangat.mungkin juga esok kamu pula yang berkeadaan begitu.lain kali boleh la buka pintu kelas luas sikit untuk udara yang lebih segar:)
pokoknya,BERLAPANG DADA LAH.jadikan hobi pun ok juga.mungkin bagi setengah orang tak mudah untuk lakukan.tapi jiwa manusia boleh dididik.bagi saya,marah itu kalah.tiap hari yang dilalui seboleh-bolehnya untuk elak dari marah.suasana yang paling tak menyenangkan;bila ada orang marah.teruskan berlapang dada+tenang :)
wallahua'lam
No comments:
Post a Comment