July 16, 2010

pasti Dia Maha Tahu segala.

Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance


Dalam hierarki matlamat hidup,saya letakkan 'pembangunan diri' di tempat teratas.
saya tahu mungkin ada perkara yang lebih penting.
tapi bagi saya,ini antara yang terpenting.

saya tahu,
dalam perjalanan membina sebuah binaan padu itu debunya berhamburan,
durinya bertaburan,
tapi saya yakin saya tak pernah keseorangan.

saya tahu,
saya ada masa untuk main,
yang kadang-kadang sengaja tak beri peluang pada diri untuk itu,
tapi saya tak punya banyak masa untuk main-main.

saya tahu,
banyak perkara menuntut kedua tangan dan kaki saya,
memandangkan saya tak punya banyak masa untuk banyak perkara,
sekali lagi,
saya tak punya banyak masa untuk main-main.

saya tahu,
untuk hadir dunia yang saya idamkan damai,
akhlaq yang damai juga saya mesti belajar amalkan,
memandangkan saya bukanlah orang yang sebegitu,
jadi,
sebenarnya saya sangat amat berterima kasih kepada manusia-manusia indah di sekeliling saya.

saya tahu,
kejayaan bukan milik saya seorang,
kejayaan itu milik bersama,
atas usaha yang bersama-sama,
sebab itu saya tak suka tengok ada manusia di sekeliling saya yang hidup sendirian.
saya sudi bersama.

saya tahu,
dalam saya bermenung-menung,
saya tak boleh termenung.
dalam bermenung saya mesti rancak berfikir.
berfikir untuk banyak perkara,
dunya dan akhirat.

saya tahu,
dan saya rasa,
saya tak berkesempatan untuk buat semua perkara yang saya impikan,
jadi,
setiap hari saya cuba beri yang terbaik.
saya selalu takut tak sempat.

saya tahu,
ada yang memberi kepercayaan teguh kepada saya,
jadi,
sekali lagi, saya cuba beri yang terbaik.
tak mahu khianati kepercayaan-kepercayaan itu.

saya tahu,
orang mukmin yang tulen itu,
akan berasa malu andainya gagal menepati tuntutan-tuntutan iman.
jadi,
saya mahu ajak kalian bersama renungi diri.
bukan sebab saya hebat dapat memenuhi semua tuntutan itu,
jauh sekali sebahagian.

saya tahu,
sedikit keberanian itu mencetus perubahan.
jadi,
saya cuba letakkan keberanian itu di atas,walau kadang takut masih ada.
Alhamdulillah,Allah izin,ada perkara yang menjadi.
bukan bongkak mahu jadi mujaddid dunya,
tapi saya kira sudah masanya saya berani bersuara.

saya tahu,
dahulu umi dan ayah lah manusia yang paling banyak sabar dengan saya,
saya yang ada batu dalam kepala dan heartynya,
jadi,
saya tak boleh sakit hearty, merajuk, buat muka, ingkar, khianat,
dengan dua insan mulia ini,walau apa pun terjadi.
siapalah saya untuk berperangai begitu,
sebab,
lelah di hearty mereka nyata lebih dasyat suatu masa dulu.
dan saya tak tahu,
mengapa akhir-akhir ini mereka sangat dekat di hearty saya.

saya tahu,
saya bukan siapa-siapa dalam hearty siapa-siapa,
tapi,
..............................................
apa boleh buat,
banyak betul wajah-wajah yang tak mahu minggir dari hearty saya :)


walaupun saya kata saya tahu itu dan ini,
mungkin juga sebenarnya saya tak tahu pun apa yang saya tahu ni.
mungkin juga saya tak tahu apa yang saya tak tahu.
dan rasanya,
saya tahu apa yang saya tak tahu.
dan biasanya,
saya tak tahu apa yang saya tak tahu.

apa-apa keadaan pun,
pasti Yang Maha Tahu itu tahu segalanya untuk saya.





wallahua'lam.


No comments: