Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance
waktu kerja saya tamat jam 10 malam. semalam petang, pelanggan tak ramai. kami duduk-duduk baca majalah. rakan sekerja tiba-tiba bertanya,
"weh, aku nak tanya sikit boleh?"
"emm,sikit je"
"kenapa kau pakai macam ni eh?, jubah segala"
"eh? bila masa aku pakai jubah?"
"ye la. maksud aku kau asyik pakai baju kurung je. t-shirt kau pun labuh"
dalam hati, "ah sudah, apa aku nak jawab ni"
"haha, kau ni, tak pernah orang tanya aku soalan macam ni tau. agaknya kau tak pernah jumpa orang yang pakai macam ni kot. kat kampus aku ramai je"
"tak ada la, kau sebaya aku tapi kau tak macam kawan-kawan sebaya kita yang lain pun?"
saya tunduk. diam. brfikir-fikir. "apa aku nak cakap ni, aduuh"
"weh cepat la. nak jawab ke tak kau ni. tak nak tak apa lah"
"ok ok. setiap orang yang jadi macam mana diri dia sekarang dipengaruhi latar belakang dia kan?"
"aha, so?"
"so aku rasa mungkin sebab background aku lah kot"
walhal bukan itu sebenarnya yang saya nak cakap!! cara dia bertanya yang mendesak tu buat saya rasa gelabah.macam nak telan pun ada. dengan ekspresi muka dia lagi. jawab pun merapu. saya nak teruskan jawab. tapi pelanggan-pelanggan macam dah berpakat nak serbu kedai berjemaah. nak fotostat lah. beli itu lah. beli ini lah. perbualan kami terhenti setakat itu. pelanggan bertalu-talu masuk sampai ke waktu maghrib, baru kedai lengang. macam la esok-esok kami tak bukak kedai dah.
saya balik rehat untuk solat maghrib.
Sebagai muslim yang mengaku menjunjung tinggi Al-Quran dan Sunnah, saya nak kata pada dia yang saya cuma nak patuh syariat dengan penuh rasa hamba. bukan selalu pun dapathidup atas bumi ni. bukan sebab ayah suruh. bukan sebab peraturan kampus yang suruh. apatah lagi encik balak yang suruh. pelik sungguh tengok orang tukar nombor telefon sebab cik abang suruh. deactivate akaun Muka Buku sebab cik abang suruh. tak boleh buat itu tak boleh ini atas arahan boyafren. hai, jadi hamba tak tentu pasal. macam la orang tu sure jadi yag sah.
ok, dah melalut.
pernah seorang mak cik 50 tahun yang masih punya susuk tubuh macam anak dara 20an datang pusing-pusing satu kedai. bosan katanya duduk di rumah tak berbuat apa-apa. kami berbual panjang. sebaris ayat yang mak cik tadi cakap dan paling saya tak boleh lupa " lantak aku la nak melaram pun, bukannya kacau orang"
senyum. saya tak menyempat nak mencelah dan tak berniat pun, sebab mak cik ni cakap dah serupa monorail. lepas 10 patah, 50 patah lagi disambungnya.
kawan-kawan terpelajar sekalian, maaf saya bersuara. bukan itu perinsip yang patut kita pegang. orang perempuan kalau dah melaram tak tentu pasal sangat, mereka mengganggu sebenarnya. mereka memberi gangguan seksual kepada mata-mata dan hati-hati yang sakit!! kira jenayah ni. di masa depan nanti kalau terjadi yang tidak-tidak, sibuk pula menyalahkan lelaki begini dan begitu. walhal sendiri cari pasal.
na'uzubillah. lindungi kami wahai Allah~~
melalut lagi.
bukan suka-suka Allah meletakkan zon batasan aurat untuk kita. tutup itu, tutup ini. setiap milimeter kulit kita ada nilai dan hak eksklusifnya tersendiri. hanya yang betul-betul layak sahaja berhak untuk dapat hak itu. ia lambang penghormatan. lambang ketinggian nilai dan harga diri setiap manusia.
wallhua'lam
2 comments:
haha..tiba2 terasa "elok x baju yg aku pakai ni.." "aku harap aku x buat jenayah"...hu3
tahu xp ika!!! same...smalam dah siap2 nk kluar,masuk rumah balik change..rasa cm ada sumthng wrong dgn baju tu...neway, smoga kita djauhkan dari jd pnjenayah....ameen
Post a Comment