May 7, 2011

lawyer or librarian ?


Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance


hari itu umi tiada di rumah. beliau diarahkan menjadi guru pengiring kepada rombongan pelajar-pelajar ke Pulau Pangkor. Tengah hari lagi ayah sudah tinggalkan pesan. " tak payah masak malam ni. kita pergi makan KFC"
"yes!!" cepat-cepat saya lapor pada adik.
maka, merempitlah kami 3 beranak ke KFC malam itu. "nasib baiklah J-CORP dah ambil KFC ni" kami sekeluarga faham sangat. kalau dulu diajak makan di KFC, tak mahu beliau. ragu-ragu dengan pemilik katanya.

sambil menguyah-nguyah ayam seorang seketul, sengaja saya laporkan pada ayah satu cerita yang belum beliau tahu.

"ayah, hari tu zian ada bagi tau umi tak nak jadi lawyer. tapi umi tak bagi. dia suruh buat je dulu chambering ( praktikal dalam kamar perbicaraan yang mesti dilalui untuk seseorang diiktiraf menjadi peguam). then nak terus ke tak nak terpulang".
" dah tu nak kerja apa nanti?"
"ala, nak jadi librarian. kalau ada mana-mana firm yang nak order buku ke, boleh la tolong supply. law ni zian minat nak belajar je". sempat la juga tayang muka setengah sen. walhal ayah dah tegang muka.

"ada pulak macam tu. orang dulu-dulu penat berjuang untuk mantapkan perlaksanaan undang-undang syariah ni. dulu hakim-hakim semua tak yakin yang kita boleh buat. tengok macam sekarang, kita buat sikit je, perbankan Islam, dah satu dunia nak rujuk pada kita. pasal apa? pasal orang lain tak boleh buat. sekarang ni nak buat hub undang-undang syari'e pulak. cuma tak cukup orang je nak laksanakan. rakyat kita sikit. ini orang dah bagi peluang belajar, dia tak nak buat pulak. kalau susah sangat buat KPLI je. jadi cikgu ke pensyarah ke".

niat nak bercerita bertukar jadi sesi lecture pula. beliau masih tegang muka. saya dari mula beliau bersyarah tersengih memanjang. rasa macam kena ketuk sebenarnya.

kali ni beliau angkat tangan tinggi dengan jari telunjuk ke atas."Anwar Ibrahim tu sampai mati perjuangkan maqasid syari'ah tau. ingat senang ke. dah dapat peluang ni buat la betul-betul"

"hee, ok" saya masih menyengih. rasa fresh macam orang dikejutkan dari tidur dengan sebaldi air perigi.

ya rakan-rakan terpelajar sekalian, sampai di sini saja syarahan perdana kita. semoga dapatlah dimanfaatkan bersama.

betul. saya tak terfikir langsung macam apa yang ayah syarahkan malam itu. yang saya tahu, belajar sungguh-sungguh, hasilnya nanti pulangkan semula kepada bangsa dan Islam terutamanya. jangan makan sorang! jadi, saya kira dengan menyediakan perkhidmatan edaran buku-buku undang-undang kepada pelajar-pelajar Master, firma-firma guaman yang memerlukan bahan rujukan, pensyarah-pensyarah, institusi-institusi pengajian atau siapa sahaja yang berhajat, itu sudah mencukupi.

tapi itulah masalahnya, saya terlupa pada konsep disiplin ilmu yang mana ia mestilah diamalkan. mungkin kalau saya hanya mengedar buku, atau mentadbir sebuah perpustakaan sekali pun, itu belum cukup untuk pulangkan bakti pada masyarakat dan Islam secara menyeluruh berbanding kalau ilmu yang digarap selama 7 tahun di Taman Ilmu dan Budi ini dipraktikkan sebaiknya.







wallahua'lam.




insaf..