June 7, 2011

memandang alam


Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah
Salam to all those who seek His guidance


"eh, man man, tengok tu!"
"mana?"
"itu lah, Lisa kan tu?"
"Lisa mana pulak kau ni?"
"Lisa mana lagi. Lisa Surihani lah buah hati pengarang jantung aku"
"hish sah la kau ni dah angau tahap dewa. mak cik cleaner yang sebaya nenek kau tu pun kau boleh nampak Lisa, aku ingat kalau ada lembu pakai skirt melepak bawah tiang lampu tu pun kau nampak Lisa jugak kan?"
"eh ye ke? tapi aku betul-betul nampak dia lah tadi"
"lantak kau lah mal"








itu lah manusia. kalau hati sudah dikuasai 'dia', semua benda atas muka bumi ini pun nampak 'dia' semata. seorang datin berpotensi untuk melihat semua spa-spa dan pusat-pusat kecantikan sebagai tempat untuk melakukan kerja-kerja menaik taraf kelicinan kulit wajah atau kelangsingan tubuh. kalau terkena radangan akibat salah penggunaan produk dek pusat kecantikan tidak berlesen, tak sampai hati nak ucap padan muka.

seorang pemakan juga berkebolehan untuk melihat sebarang jenis makanan sebagai pemenuh perutnya. kaki ayam pun jadilah. 'makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang', 'makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan', 'perut adalah punca segala penyakit', tidak langsung berkesan mencatu kuantiti makanan sehariannya.

inikah yang sepatutnya berlaku? sebagai muslim, hamba sekali gus khalifah, saya rasa tidak. merajakan Allah di dalam hati itu satu jihad yang penting agar nanti semua yang di atas muka bumi ini secara automatiknya akan terpandang dari kaca mata Islam di mata kita. subjek pandangan alam Islam belum lah saya khatamkan, tetapi secara umumnya saya kira sebagai muslim, kita tahu membezakan beberapa situasi.

'mereka' melihat sempadan negara adalah batas kesatuan sesebuah bangsa. bagi kita, selagi ada yang melafazkan Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah, Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah, tidak kira lah di bumi mana pun, merekalah saudara kita tanpa dikira apa bangsa.

'mereka' melihat berpakaian cantik dan sopan itu bertujuan untuk diperagakan. namun ia sebenarnya lebih jauh dari sekadar itu. berpakaian, tak kisah cantik atau huduh, ia simbol kehormatan dan ketamadunan manusia yang tanpa ragunya bukan haiwan.

dari sekecil-kecil perkara sampailah ke sebesar-besar masalah, kita harus punya cara penyelesaian berbeza. jadi muslim yang mu'min bukan lah satu perkara mudah. payah juga tidak. kita yang ingin membijaksanakan diri kadang-kadang tak sengaja terbodohkan diri dengan pelbagai modus operandi gerakan pembodohan. hidup di zaman globalisasi dengan menerima bulat-bulat apa yang dilihat, dibaca, didengar, disentuh, adalah satu kependekan akal saya kira.

ceh, macam panjang akal sangat ~~~
tapi kita boleh cuba kan?


kalau si Mal angau isi hatinya dengan berlaut-laut cinta Tuhan, pasti awal-awal dia dah tahu undur diri dan tidak berharap itu ini. Lisa Surihani kan tengah dalam proses 'mengenal hati budi' pak cik duda tu. jangan la kacau line orang.

"kami sedang dalam proses mengenal hati budi masing-masing. jadi buat masa sekarang ni kami tak mahu kata apa-apa. biar lah masa yang menentukan"
lepas tu sengeh.
hai lah cik artis
ini lagi satu masalah ~_~








wallahua'lam










No comments: